hackneyed | klise | Kesusasteraan | Puisi | Pengungkapan atau pemilihan kata, frasa atau kalimat yang terlalu kerap digunakan dalam sebuah puisi. Kesannya, keaslian dan keistimewaan kata, frasa atau kalimat tersebut terasa hilang. Contohnya, 'sekuntum mliwar di jambangan menjadi idaman kurnbang'. Sinonim lusuh. . |
epithet | epitet | Kesusasteraan | Tiada | Kata sifat yang dihubungkan dengan nama seseorang atau benda tertentu untuk menunjukkan ciri-ciri khususnya. Kata sifat itu akhirnya menjadi nama julukan seseorang atau benda yang berkenaan. Contoh epitet dalam kesusasteraan Inggeris ditemui dalam frasa �Richard the Lion-Heart�, �Willian the Conqueror�, �Charle the Great�, �The Wine-dark Sea�. Dan �Silver Snarling Trumpets�, Contoh epitet dalam kesusasteraan Melayu ditemui dalam frasa kata sifat seperti �Sultan Mahmud Mangkat Dijulang�. �Tun Fatimah Srikandi Bangsa�, �Hang Jebat Derhaka�, �Mahligai Tujuh Tingkat�, dan sebagainya. Dalam sastera Arab, nama Fatih al-Andalus khusus untuk nama julukan Tariq ibn Ziyad, manakala dalam sastera Parsi, Azraq-i Pushan merujuk kepada nama ahli sufi. Epitet juga dikenali sebagai julukan rujukan. Lihat juga nama julukan. |
pattems of words | pola kata | Kesusasteraan | Puisi | Kerangka kata yang dipilih oleh penyair dengan teliti bagi membentuk frasa-frasa dan kalimat-kalimat dalam sesuatu baris atau rangkap puisi. Pola kata yang diturunkan umumnya terbentuk oleh adanya kombinasi pola kata huruf Konsonan� Vokal-Konsonan (KVK) atau Vokal-Konsonan-Vokal (VKV). Contohnya, puisi "Dialog" karya Kassim Ahmad. Tenteramlah (KVK) anak (VKV) |
gloss | glos | Kesusasteraan | Tiada | Kata-kata yang susah dalam sesebuah teks, dijelaskan pada bahagian marginnya atau frasa dalam bahasa yang senang. |
perbilangan | perbilangan | Kesusasteraan | Puisi | Susunan bentuk kata, frasa mahupun baris yang mengisahkan sesuatu maksud. Walaupun bentuk perbilangan berangkap tetapi biasanya tidak terikat dengan jumlah kata dalam setiap baris. Ada kalanya berirama dan ada kalanya tidak. Kebiasaannya setiap rangkap yang dibina itu dapat memancarkan keseluruhan pemikiran. Contohnya, perbilangan adat di bawah. Usang-usang diperbaharui Lapuk-Iapuk dikajangi Yang elok dipakai Yang buruk dibuang Kalau singkat mintak disambung Kalau panjang mintak dikerat Kalau koyak mintak ditampal |
parenthesis | tanda kurung | Kesusasteraan | Tiada | Kata, frasa, atau suku kalimat yang di sisipkan ke dalam kalimat yang sebenarnya sudah lengkap. |
limerick | leitmotiv/leitmotif | Kesusasteraan | Tiada | Pengulangan kata, frasa atau imej yang mengiringi suatu idea, watak atau situasi. |
otiose | boros gaya | Kesusasteraan | Puisi | Penggunaan bahasa yang tidak terkawal. Sama ada kata, frasa, kalimat mahupun pembinaan baris sewaktu mengungkapkan pemikirannya. |
epithet | julukan | Kesusasteraan | Puisi | Kata atau frasa yang ditambah pada nama seseorang, ataupun sesuatu yang lain untuk menunjukkan sifat khasnya; kadang� kadang kata atau frasa tersebut berfungsi menggantikan nama yang berkaitan dalam puisi. Contohnya, "Si Kurus Lapar' yang ditemui dalam puisi "Balada Langit Tua Manusia Sengketa" karya Usman Awang. Sinonim epitet. |
concrete poetry | puisi konkrit | Kesusasteraan | Puisi | Puisi kontcmporari yang proses penciptaannya sangat sedikit menggunakan kata, frasa atau klausa. Puisi ini banyak menggunakan pola atau bentuk visual yang menarik. Contohnya, puisi "Exodus" karya Latiff Mohidin atau puisi "Lima" karya Suhaimi Haji Muhammad. Sinonim puisi maujud, puisi pola. |