Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fré.kuen.si] | فريکوئنسي

Definisi : (frékuensi) 1. perihal berulang-ulang (sesuatu gejala dll), kekerapan: ~ penggunaan kata tersebut dlm sistem korpus DBP adalah tinggi; 2. (Fiz) kadar getaran, ayunan, kitaran dsb yg berlaku pd setiap saat bagi sesuatu fenomena yg berkala, biasanya diukur dlm unit hertz: rangkaian PCN beroperasi menggunakan ~ rendah 1800 MHz ke atas;~ ambang (Fiz) frekuensi cahaya yg paling rendah, yg dapat mencetuskan kesan fotoelektrik pd permukaan logam tertentu; ~ audio (Fiz) frekuensi yg dapat didengar oleh telinga manusia (dlm julat 20 - 20 000 hertz); ~ radio (Fiz) frekuensi yg digunakan utk komunikasi atau siaran radio (dlm julat 10 kilohertz - 300 000 megahertz); ~ rendah (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 30 - 300 kilohertz, dgn jarak gelombang 1 - 10 meter; ~ tinggi (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 3 - 30 megahertz, dgn jarak gelombang 10 - 100 meter; berfrekuensi mempunyai atau menggunakan frekuensi: penggunaan alat perhubungan ~ tinggi membolehkan mereka menghubungi kementerian atau polis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fré.kuen.si] | فريکوئنسي

Definisi : /frékuénsi/ ist 1 jumlah bilangan sesuatu kejadian yg berlaku dlm sesuatu masa yg ditetapkan. 2 jalur gelombang tertentu yg membolehkan isyarat radio dipancarkan atau disiarkan. berfrekuensi mempunyai frekuensi atau menggunakan frekuensi: Penggunaan alat perhubungan ~ tinggi membolehkan mereka menghubungi pihak polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata frekuensi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Fourier transfourmation infrared spectroscopyspektroskopi inframerah transformasi FourierKimiaKimia AnalisisTeknik spektroskopi inframerah yang bergantung kepada pengukuran yang menggunakan suatu interferometer yang kesemua unsur dikaji secara serentak dengan menyinarkan sampel dengan suatu denyut tenaga dalam julat inframerah. Tenaga yang terhasil adalah dalam bentuk frekuensi komposit yang dapat ditukarkan kepada frekuensi-frekuensi asal menggunakan kaedah transformasi Fourier, dengan menggunakan komputer yang akan memberikan spektrum dalam bentuk biasa. Kaedah ini lebih pantas dan memberi resolusi yang baik dengan nisbah isyarat ke-bisingan yang lebih tinggi. bd. spektroskopi inframerah.
Raman effectkesan RamanKimiaKimia AnalisisPenyerakan cahaya oleh suatu bahan yang berlaku kepada frekuensi yang lebih tinggi dan lebih rendah daripada frekuensi asal tetapi dengan keamatan yang jauh lebih kecil iaitu sekitar 0.01% daripada keamatan cahaya asal. Perbezaan frekuensi cahaya terserak ini dengan frekuensi cahaya asal adalah sama dengan frekuensi getaran sebenar bahan itu. bd. penyerakan Rayleigh.
bandwidthlebar jalurKimiaKimia Analisis1. Sebaran imej sepanjang frekuensi nombor gelombang atau skala panjang gelombang. 2. Sebahagian daripada frekuensi spektrum yang boleh dilalui oleh komponen frekuensi sesuatu isyarat.
carhart notchtakukan carhartSains KesihatanTiadaSatu takukan yang terdapat pada frekuensi tertentu pada audigram konduksi tulang. Takukan tersebut berbeza antara satu frekuansi dengan satu frekuensi yang lain. Contohnya, 5 dB pada frekuensi 500 Hz dan 4000 Hz, 10 dB pada 1000 Hz, dan 15 dB pada 2000 Hz. Takukan ini terhasil kesan daripada ketidakupayaan cecair di dalam koklea untuk bergerak dengan bebas semasa footplate pada stapes melekat kepada tingkap separuh bulat.
Raman scatteringpenyerakan RamanFizikNanoteknologiKeadaan penyerakan gelombang elektromagnet oleh atom atau molekul yang menghasilkan gelombang elektromagnet berfrekuensi lebih rendah atau tinggi daripada frekuensi gelombang asal. Perubahan frekuensi ini disebabkan oleh penyerapan atau pengujaan tenaga putaran atau getaran molekul yang menyerak. Penyerakan ini dapat dicerap melalui perubahan garis spektrum.
Raman scatteringpenyerakan RamanNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanPenyerakan gelombang elektromagnet oleh atom atau molekul yang menghasilkan gelombang elektromagnet berfrekuensi lebih rendah atau tinggi daripada frekuensi gelombang asal. Perubahan frekuensi ini disebabkan oleh penyerapan atau pengujaan tenaga putaran atau getaran molekul yang menyerak. Penyerakan ini dapat dicerap melalui perubahan garis spektrum. Terdapat dua jenis penyerakan Raman iaitu Stokes dan anti-Stokes.
test frequencyfrekuensi ujianTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFrekuensi gelombang bunyi yang digunakan dalam kaedah ujian ultrasonik.
fluorophorefluoroforFizikNanoteknologiKomponen suatu molekul yang menyebabkan molekul berpendarcahaya. Komponen ini merupakan kelompok fungsian dalam molekul yang menyerap tenaga pada frekuensi tertentu dan menyinar semula pada frekuensi yang berbeza. Jumlah tenaga dan frekuensi yang dipancarkan bergantung pada flurofor dan persekitaran kimianya. Bahan pendarcahaya digunakan sebagai penderia untuk mengesan protein, seperti dalam imunopendarfluor dan imunohistokimia. Generasi baharu fluorofor, seperti Alexa Fluors dan Dylight Fluors lebih stabil, lebih terang dan kurang sensitif terhadap pH.
radio frequencyfrekuensi radioKimiaKimia AnalisisGelombang elektromagnet yang mempunyai julat frekuensi di antara 1 x 103 Hz hingga 3 x 1012 Hz.
organic fluorophore moleculemolekul organik fluoroforFizikNanoteknologiMolekul bahan organik yang terdiri daripada kumpulan fungsian bersifat pendarfluor. Molekul ini menyerap tenaga cahaya pada frekuensi tertentu dan memancarkan semula tenaga pada frekuensi yang berbeza. Nilai tenaga dan frekuensi pancaran bergantung pada jenis molekul fluorofor dan persekitaran kimia fluorofor tersebut. Antara contoh molekul fluorofor organik ialah 5-({2-[(iodeasetil) amino]etil}amino)naftalena-1-asid sulfonik (IAEDANS) dengan jarak gelombang penyerapan pada 336 nm dan jarak gelombang pancaran pada 490 nm. Molekul ini digunakan sebagai penanda dalam spektroskopi pendarfluor. Penggunaan molekul ini sebagai penanda dapat diganti dengan bintik kuantum.
1234567

Kembali ke atas