Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[frét] | فريت

Definisi : (frét) (Muz) bilah penentu ruang nada pd alat muzik bertali, spt gitar dan mandolin, utk mengawal nada bunyi yg dihasilkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fret


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fretfretGeografiTiadaTiada
fretfretGeologiTiadaTiada
fretfretKesenianTiadaBilah penentu ruang nada pada alat tali.
fret sawgergaji kerawangKesenianTiadaGergaji bermata kecil untuk memotong bentuk yang tidak sekata.
kemencekemenceMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut yang digesek. Badannya kecil berbentuk bulat dan lehernya yang panjang tanpa fret dipasang pada badan alat muzik tersebut. Sebatang paku kayu yang panjang dimasukkan pada badan kemence untuk memasang kaki dan lehernya. Oleh sebab itu, alat muzik ini dipanggil spiked fiddle. Kemence yang mempunyai dua hingga empat utas tali dimainkan dengan meletakkannya pada bahagian hadapan kaki pemain. Alat muzik yang berasal dari Parsi ini dimain­kan dalam muzik klasik di Timur Tengah. Kemence dikenali juga sebagai kemenche/kemenje, kemanchay. Lihat juga rebab.

biwabiwaMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Jepun yang diklasifikasikan sebagai kofdofon. Biwa ialah lut yang dipetik. Badannya berbentuk bujur dan berleher pendek, serta mempunyai beberapa fret yang tinggi dan tertonjol. Biwa mempunyai empat tali logam yang dipetik dengan jari dan dimainkan dalam orkestra gagaku bagi mengiringi cerita yang dinyanyikan.

sazsazMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordo­fon jenis lut. Badannya diperbuat daripada kayu dan berleher panjang tanpa fret. Saz diletakkan secara mendatar dan tali dipetik dengan jari. Saz yang menghasilkan melodi dimainkan sebagai alat muzik solo atau mengiringi lagu vokal dalam muzik rakyat di Turki.

rebabrebabMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut yang digesek. Di Indonesia dan Malaysia, rebab terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Badan alat muzik ini diperbuat daripada kayu dan bahagian depannya ditutup dengan kulit. Rebab mempunyai leher panjang tanpa fret. Di Malaysia, rebab mempunyai tiga utas tali, sementara di In­donesia, rebab mempunyai dua utas tali. Alat muzik ini diletakkan secara menegak di atas lantai berhadapan pemain dan tali digesek dengan penggesek tertentu. Rebab menghasilkan melodi dalam gamelan di Indonesia dan ensembel makyong, main puteri dan wayang kulit Melayu di Malaysia. Namun begitu, rebab yang dimainkan dalam ensembel wayang kulit Melayu di Malaysia mempunyai leher pendek dan dua utas tali sahaja. Alat muzik ini juga dimainkan sebagai alat solo untuk mengiringi seni penceritaan di Malaysia, seperti tarik selampit di Kelantan.

san xiansan xianMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Badannya kecil atau sederhana, berleher panjang tanpa fret dan mempunyai tiga utas tali yang dipetik. San xian terdapat di China dalam tradisi muzik rakyat dan klasik. Alat muzik ini dimainkan dalam orkestra Cina moden yang dikenali sebagai huayue tuan. Alat muzik ini juga dimainkan seba­gai alat muzik solo untuk mengiringi penceritaan dalam opera Cina.

shamisenshamisenMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Badannya kecil dan berbentuk segi empat. Shamisen diperbuat daripada kayu dan kulit lehernya panjang tanpa fret serta mempunyai tiga utas tali yang dipasang pada badan dan leher. Kekuda digunakan untuk menyokong tali dan alat muzik tersebut diletakkan mendatar di atas riba. Tali dipetik dengan plektrum kayu, plastik atau gading. Alat muzik yang terdapat di Jepun ini mempunyai hubung kait dengan alat muzik san xian dari China. Shamisen dimainkan dalam tra­disi muzik klasik Jepun. Alat muzik ini menghasilkan melodi untuk mengiringi lagu vokal, penceritaan, teater bunraku dan juga dimainkan dalam ensembel kecil serta orkestra teater kabuki.

12

Kembali ke atas