Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n; the ~s, asas-asas: the ~s of religion, asas-asas agama. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ to, penting: determination is ~ to success, keazaman penting utk mencapai kejayaan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. basic, asas, dasar: this principle was ~ to all his beliefs, prinsip ini merupakan asas kpd semua kepercayaannya; the ~ rules governing grammar, peraturan-peraturan asas yg menguasai tatabahasa; there is a ~ difference between the two schools of thought, ada perbezaan asas antara dua aliran pemikiran itu; 2. most important, utama: the ~ question happens to be a political one, persoalan utama kebetulannya persoalan politik; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fundamental


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fundamental rightshak-hak asasiSains PolitikPolitik PerbandinganLihat hak asasi manusia.
fundamental motor patterncorak motor fundamentalSains SukanBiomekanikCorak lakuan motor yang asas, biasanya dapat diperhatikan pada kanak-kanak sebelum menjangkau umur prasekolah. Corak lakuan ini perlu dicapai sebelum corak lakuan yang matang diperoleh. Dalam sains sukan, proses mengenal pasti bakat sukan melibatkan penilaian kecekapan dalam mempamerkan corak lakuan yang matang.
psychoanalytic criticismkritikan psikoanalitikKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menganalisis perkaitan antara penulis dengan karyanya. Kritikan tertumpu pada watak yang dicipta, bahasa, dan imej yang digunakan oleh pengarang. Kaedah kritikan sastera ini dipengaruhi oleh pandangan ahli psikologi terkenal, iaitu Sigmund Freud dan Carl Jung. Kaedah ini menganggap karya sastera sebagai suatu ekspresi bawah sedar yang terhasil melalui psiki individu (penulis) atau koleksi bawah sedar manusia. Di samping itu, pengalaman dan respons pembaca juga diambil kira dalam mengaplikasikan kritikan psikoanalitik, dan fokur analis terhadap psiki pembaca tersebut. Sigmund Freud (1856 � 939) mengaplikasikan prinsip dalam bidang psikoanalisis dan menggunakannya untuk menulis esei penganalisisan watak dalam sastera. Menurut beliau, teks sastera seumpama mimpi dan cara yang digunakan untuk menganalisis teks sastera tersebut. Mimpi berfungsi sebagai salah satu cara menunaikan hasrat bawah sedar tertekan seorang individu. Hasrat ini dikekang atau dikawal oleh �sensor� (penapis) dalam minda manusia, dan sensor ini dibentuk oleh norma sosial. Eseinya yang paling terkenal ialah The Interpretation of Dreams (1900), membincangkan watak Oedipus dalam drama Yunani purba oleh Sophocles dan watak Hamlet dalam drama Shakespeare. Teori ego psikologi yang dimajukan oleh Norman Hollang dalam karyanya berjudul The Dyanamics of Literary Response (1968) dan Five Readers Reading (1975) dikaitkan dengan psikologi pembaca. Beliau menggunakannya untuk menilai perhubungan antara pembaca dengan teks. Kajian Jacques Lacan mengenai bahasa dan hubungannya dengan perasaan subsedar (subconscious) seorang pembaca dalam karyanya berjudul Ecrits (1977) dan The Four Fundamental Concepts of Psycho-Analysia (1977), memberikan interpretasi baharu kepada pendapat Freud mengenai teori wacana struktural dan pascastruktural. Teori dan psikologi Carl Jung mengenai koleksi bawah sedar dan tipa induk turut mempengruhi perkembangan kritikan dalam teori psikoanalitik. Kritikan ini turut dikenali sebagai kritikan Freud atau kritikan psikoanalitik tradisional.

Kembali ke atas