Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fung.sio.na.lis.me] | فوڠسيوناليسمى

Definisi : prinsip dlm seni bina, reka bentuk dsb yg menekankan bahawa bentuk sesuatu bangunan dsb hendaklah ditentukan oleh fungsi dan kegunaannya: falsafah ~ boleh dikatakan berasal drpd ungkapan Louis Sullivan, yakni reka bentuk mengikut kegunaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fungsionalisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
structural functionalismfungsionalisme strukturSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang melihat masyarakat seumpama struktur organisma biologi yang memiliki pelbagai bahagian yang saling bergantung antara satu sama lain. Fahaman ini melihat masyarakat sebagai suatu sistem yang teratur dan stabil. Ia cenderung kepada pemeliharaan keseimbangan dan tidak menyukai perubahan secara besar-besaran. Sinonim faham kefungsistrukturan.
structural functionalismfaham kefungsistrukturanSains PolitikPolitik PerbandinganLihat fungsionalisme struktur.
equilibriumkeseimbanganSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan aman, seimbang dan normal dalam sesebuah masyarakat tanpa sebarang konflik. Keadaan ini digambarkan dalam pendekatan fungsionalisme yang melihat semua bahagian dalam masyarakat itu menjalankan fungsi masing-masing tanpa wujudnya konflik. Dalam konteks teori permainan, satu pihak itu tidak akan menukar strateginya atau melakukan sesuatu tindakan yang berbahaya dan begitu juga dengan musuhnya kerana keadaan keseimbangan yang sedang wujud itu tidak mengancam kedudukan politik mereka. Pengekalan strategi masing-masing akan mengekalkan keadaan seimbang yang tidak merugikan mana-mana pihak.

Kembali ke atas