Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.dai] | ݢاداي

Definisi : 1. pinjaman wang dgn menyerahkan barang sbg cagaran utk tempoh tertentu (kalau tidak ditebus dlm tempoh tersebut barang itu akan menjadi milik orang yg memberi pinjaman); ~ gelap gadai tanpa izin; 2. = barang ~ barang yg diserahkan sbg cagaran hutang;menebus ~ menebus barang yg menjadi cagaran hutang; menjual ~ menjual barang dgn syarat barang itu dapat ditebus dlm tempoh tertentu; (kedai) pajak ~ = rumah ~ tempat meminjam wang dgn menyerahkan sesuatu sbg cagaran; surat ~ surat yg menandakan hutang dgn cagaran barang; ~ terdorong kpd Cina prb terlanjur, tidak mungkin ditarik kembali;bergadai mendapatkan pinjaman dgn memberi (menyerahkan) sesuatu cagaran: dia sanggup ~ utk membiayai persekolahan anaknya; ~ golok (bergolok) berikhtiar mendapatkan sesuatu dgn bergadai; ~ nyawa mempertaruhkan nyawa, meletakkan diri sendiri dlm keadaan yg boleh menyebabkan maut utk atau kerana seseorang atau sesuatu;menggadai 1. Id menerima cagaran utk wang yg dipinjamkan; 2. = menggadaikan: ~ tanah; ~ nyawa bergadai nyawa; ~ terdorong ke pajak, sehari sebulan juga prb sesuatu perbuatan yg terlanjur walaupun kecil akibatnya sama spt yg besar juga; menggadaikan 1. menyerahkan sesuatu (tanah dll) sbg cagaran hutang: keadaan hidupnya demikian terdesak hingga ia terdorong ~ harta bendanya; 2. menyerahkan atau meletakkan sesuatu dlm keadaan terancam atau sbg cagaran utk mendapatkan sesuatu faedah dsb, mempertaruhkan: dia sedih raja ~ imannya; tergadai telah digadai; orang ~ orang yg menjadi jaminan hutang; tercacak bagai lembing ~ prb tertegun kehairanan; gadaian barang yg tergadai;penggadaian perihal (perbuatan) menggadai;pegadaian rumah gadai, pajak gadai;penggadai orang yg menjalankan pekerjaan menggadai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.dai] | ݢاداي

Definisi : pinjaman wang yg dilakukan dgn cara menyerahkan barang sbg cagaran. barang ~ barang yg diberikan sbg cagaran hutang. bergadai meminjam wang dgn memberikan cagaran: Dia terpaksa ~ utk membelanjai persekolahan anaknya. ~ bergolok berusaha mendapatkan wang dgn bergadai. ~ nyawa berusaha utk mencapai sesuatu dgn tidak menghiraukan keselamatan diri; menyabung nyawa. menggadai menerima barang sbg cagaran wang yg dipinjamkan kpd pemilik barang itu: Siapa yg ~ kebunmu? menggadaikan menyerahkan barang dll sbg cagaran hutang: Kerana kekurangan belanja, dia terpaksa ~ gelang dan kalung isterinya. tergadai sudah digadaikan; habis digadaikan: Kerana kuat berjudi, dua bidang tanahnya ~. penggadaian perbuatan menggadai atau menggadaikan. penggadai orang yg menggadai. pegadaian pajak gadai; tempat bergadai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gadai

Puisi
 

Hisap rokok dalam kelambu,
     Terbit asap menjadi abu;
Saya umpama golok kayu,
     Tetak tak lut gadai pun tak laku.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Gadai terdorong ke (pada) Cina.

Bermaksud :

Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flexible mortgagegadai janji anjal / gadai janji fleksibelPenilaian Harta TanahTiadaTiada
flexible mortgagegadai janji anjal / gadai janji fleksibelPenilaian Harta TanahTiadaTiada
first mortgagegadai janji pertamainsuransTiadaGadai janji yang mempunyai keutamaan ke atas semua gadai janji yang lain.
blanket mortgagegadai janji sarwainsuransTiadaSatu gadai janji yang melindungi lebih daripada sebidang hartanah.
general mortgage bondbon gadai janji aminsuransTiadaInstrumen kewangan yang menjamin tanggungjawab yang diperolehi melalui gadai janji, tetapi didahului oleh terbitan yang lebih utama.
completion bondbon penyempurnaaninsuransTiadaBon ini dikeluarkan untuk menerima gadai janji sebagi jaminan kepada penerima gadai janji bahawa pembinaan yang dikendalikan oleh penggadai janji akan disiapkan dan boleh digunakan sebagai sandaran untuk gadaian apabila pembinaan tersebut telah disempurnakan.
mortgagegadai janjiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPemindahan pemunyaan tetapi bukan hak milik terhadap harta cagaran daripada penghutang kepada pemberi hutang.
submortgagegadai janji sampinganPenilaian Harta TanahTiadaTiada
mortgagegadai janjiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
second mortgagegadai janji keduaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas