Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.gal] | ݢاݢل

Definisi : tidak berhasil atau berjaya, tidak (dapat) mencapai matlamat (cita-cita dsb yg dikehendaki) tidak jadi, kecewa: usaha-usaha utk menamatkan konfrontasi ~ belaka; ~ dlm peperiksaan;menggagalkan menjadikan tidak berhasil, mengecewakan: rundingan-rundingan ke arah perdamaian digagalkan;tergagal tidak berhasil atau berjaya: kalau tidak tahu tempatnya, perjalanan kita mungkin ~;kegagalan perihal gagal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.gal] | ݢاݢل

Definisi : tidak berjaya mencapai tujuannya; tidak berhasil; tidak jadi: Serangan Belanda ke atas Riau itu ~. menggagalkan menjadikan tidak berhasil; menjadikan gagal: Ada pihak-pihak tertentu yg berusaha utk ~ rundingan itu. kegagalan keadaan atau hal gagal; kekecewaan: ~nya utk mendapatkan ijazah itu sangat-sangat merisaukan fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagal

Peribahasa

Rosak tapai kerana ragi.

Bermaksud :

Pekerjaan gagal kerana kurang hati-hati waktu melakukannya. ragi = bahan atau zat untuk membuat tapai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
congestive heart failurekegagalan jantung kongestifKejururawatanTiadaKeadaan apabila salah satu ventrikel jantung gagal mengepam darah secepat darah memasuki atrium ataupun kedua-dua ventrikel gagal mengepam isi padu darah yang sama. Ini mengakibatkan kegagalan mengekalkan peredaran darah yang sempurna.
fault tree analysis (FTA)analisis pokok gagalSains NuklearKejuruteraan ReaktorKaedah deduktif yang merungkai kegagalan sesuatu sistem daripada peristiwa utama hingga kepada peristiwa asas.
nonforfeiture optionopsyen tidak lucut hakinsuransTiadaSekiranya insured gagal membayar premium seperti yang ditetapkan, ia boleh memilih sama ada mendapatkan wang tunai, membuat pinjaman untuk menjelaskan premiumnya, atau menukar bentuk polisinya kepada insurans sementara diperluas atau insurans berbayar terkurang.
dead heatkeputusan tergantungSukanLumba BasikalKeadaan apabila pengadil gagal menentukan tempat pertama dan kedua antara dua (2) pelumba di garisan penamat.
invalid transactiontransaksi tidak sahTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTransaksi yang gagal memenuhi atau menepati syarat transaksi lengkap. Transaksi capaian ke atas data dianggap tidak sah sekiranya pengguna cuba mencapai data apabila tidak memiliki had capaian yang sama atau melebihi data tersebut.
misfiresalah nyalaanKejuruteraan AutomotifEnjinKeadaan campuran udara-bahan api yang gagal dinyalakan dengan sempurna disebabkan oleh kegagalan palam pencucuh untuk mencetuskan bunga api pada masa yang ditetapkan. Keadaan ini berlaku sama ada secara berterusan atau tidak berkala yang menyebabkan kehilangan kuasa dan operasi enjin menjadi kurang lancar.
backqardationbayaran tangguh serahEkonomiTiadaBayaran yang dibuat oleh pespekulasi kepada pembeli kerana gagal menyerahkan saham atau komoditi pada tarikh yang ditetapkan. Di bursa komoditi, bayaran tangguh serah merupakan perbezaan antara harga serta-merta dengan harga ke depan iaitu harga belian komoditi tersebut. Lihat juga harga serta-merta, pasaran ke depan.
backup deviceperanti sandaranSains NuklearKejuruteraan ReaktorPeranti yang tersedia sekiranya peranti utama gagal berfungsi.
surety bondbon tanggunganinsuransTiadaBon yang akan memberi pampasan berbentuk wang jika penanggung obligasi gagal untuk melakukan sesuatu yang dipertanggungjawabkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
account receivable insuranceinsurans akaun belum terimainsuransTiadaInsurans terhadap kerugian yang berlaku apabila insured gagal mengutip akaun belum terima apabila rekod rosak atau hilang disebabkan oleh bencana yang dilindungi oleh polisi insurans.
1234

Kembali ke atas