Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tertahan-tahan atau terhenti-henti apabila bercakap (mis m-m-ma-malam utk malam); orang ~ orang yg bertutur tertahan-tahan; bergagap-gagap bercakap dgn tertahan-tahan;tergagap-gagap terhenti-henti (percakapan), tergaguk-gaguk: dgn suara yg ~, Rahim menceritakan riwayat hidupnya; kegagapan perihal (sifat atau keadaan) gagap: tahap ~ berbeza antara seseorang dgn seseorang yg lain bergantung pd keadaan tekanan sosial yg dihadapinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagap I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prolongationkepanjanganSains KesihatanTiadaPemanjangan bunyi oleh individu yang gagap, seperti j... enis dan k ... ayu.
bouncelantunSains KesihatanTiadaPengulangan fonem atau suku kata pertama dengan tidak disengajakan oleh individu yang gagap.
finger tapingketuk jariSains KesihatanTiadaPerbuatan mengetuk jari mengikut suku kata, khususnya bagi individu yang gagap.
avoidanceelakSains KesihatanTiadaPerbuatan mengelak daripada menyebut suatu perkataan atau daripada suatu yang dapat menyebabkan berlakunya gagap.

Kembali ke atas