resin | resin | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahan lekit berwarna kuning atau coklat daripada pokok tertentu, seperti tengkaras(gaharu), resak, pain dan fir dan digunakan untuk membuat varnis, damar dan sebagainya. |
aromatic plant | tumbuhan beraroma | Herba | Tiada | Tumbuhan yang mengandungi komponen kimia berbau harum. Komponen ini terdapat dalam bentuk minyak pati. Contohnya, bunga melur, mawar, kenanga, serai wangi, pala, cengkih, kayu manis dan gaharu. |
wood | kayu | Herba | Tiada | Bahagian batang yang keras terdiri daripada xilem yang mengandungi tisu pembuluh, trakeid, serat dan sel parenkima. Xilem berfungsi sebagai saluran pengangkut makanan, air dan zat terlarut ke bahagian atas tumbuhan. Kayu kering atau segar dalam bentuk utuh digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, kayu gaharu, kayu cendana dan kayu akar tongkat ali. |
volatile oil | minyak meruap | Herba | Tiada | Minyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahan herba, contohnya daun, bunga, buah, kulit kayu dan lain-lain melalui penyulingan stim, penyulingan air, pemerahan atau diekstrakkan dengan pelarut mudah meruap. Komponen utama minyak pati terdiri daripada terpena dan terbitannya. Minyak meruap digunakan sebagai bahan perisa (minyak limau purut), bahan wangian (minyak gaharu) atau sebagai bahan pemula untuk sintesis sebatian lain (minyak terpentin). Untuk tujuan terapeutik, minyak meruap digunakan secara sedutan (minyak eukaliptus) dan ubat kumur (timol). Lazimnya kepekatan yang digunakan ialah 1-3% dalam minyak urut, 10 titik untuk air mandian atau 3-5 titik untuk pengewapan. Kawalan kualiti kandungan minyak meruap diukur melalui kaedah penyulingan stim dengan peralatan piawai. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai minyak meruap piawai bagi biji buah pelaga tidak kurang 4.0%v/w dan minyak pati bagi kulit kayu manis tidak kurang 1.0%v/w. Sinonim minyak pati. |