Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ji] | ݢاجي

Definisi : upah yg tetap, bayaran yg tetap utk pekerjaan;hari ~ hari pembayaran gaji; makan ~ bekerja utk mendapat gaji; orang ~ pembantu rumah tangga yg diberi gaji, pembantu rumah, amah; ~ bulan (minggu, hari) upah kerja yg dibayar setiap bulan (minggu, hari); ~ buta gaji yg diterima tanpa bekerja (keras); ~ mati gaji yg telah mencapai tahap terakhir (maksimum) dlm tangga gaji seseorang pekerja: sbg pemimpin persatuan, dia ingin melihat pekerja sektor perkilangan mendapat ~ mati lebih drpd RM1000 sebulan; ~ pokok gaji yg menjadi dasar dgn tiada tambahan elaun dsb; bergaji mendapat gaji: ~ besar;menggaji memberi (membayar) gaji, mengambil sbg pekerja: ia ~ penolongnya sangat rendah; orang-orang Cina lebih suka mengambil saudara-saudara mereka bekerja drpd ~ orang luar;gajian; orang ~ a) hamba, bujang, babu; b) orang pinjaman atau sewaan (dgn kontrak dll); hari ~ hari gaji;penggajian urusan menggaji: majikan perlu mengemukakan permohonan kpd Urusetia P~ Pekerja Asing di kementerian itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ji] | ݢاجي

Definisi : wang sbg upah bekerja yg dibayar dlm tempoh yg tetap. ~ bulan (hari, minggu) upah kerja yg dibayar setiap bulan (hari, minggu). ~ buta upah yg diterima dgn tidak bekerja sungguh-sungguh. ~ pokok gaji yg tidak ditambah dgn sebarang elaun. bergaji mendapat gaji: Mereka termasuk dlm golongan orang ~ kecil. menggaji mengambil orang bekerja dgn membayar gaji: Oleh sebab pelanggan terlalu banyak, saya perlu ~ tiga orang lagi utk membantu saya. penggajian hal, urusan dsb menggaji atau membayar gaji: Mereka sedang meneliti skim ~ baru itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaji

Peribahasa

Air lalu kubangan tohor.

Bermaksud :

Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. tohor = dangkal, kering.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pay cutpengurangan gajiPengurusanTiadaPenurunan dalam gaji seorang pekerja bagi mengurangkan pemberhentian kerja dalam tempoh kemelesetan ekonomi. Keadaan ini sementara atau tetap, dan mungkin disertakan dengan penurunan tanggungjawab.
salary saving insuranceinsurans potong gajiinsuransTiadalih. insurans potog gaji.
payroll deduction insuranceinsurans potong gajiinsuransTiadaPelan insurans hayat individu yang premiumnya dibayar melalui potongan gaji oleh majikan dengan kebenaran pekerja.
payroll robbery insuranceinsurans rompak gajiinsuransTiadalih. insurans rompak jurugaji.
emolumentemolumenEkonomiTiadaFaedah dalam bentuk wang seperti gaji, atau faedah sampingan seperti kemudahan perubatan yang diberikan kepada buruh untuk perkhidmatannya.
company pharmacistahli farmasi syarikatSains KesihatanTiadaAhli farmasi yang makan gaji dan mengamalkan bidang professionalnya.
unit benefit planpelan faedah unitinsuransTiadaCara pembelian anuiti berkala mengikut peratusan gaji yang merupakan sebahagian daripada pencen.
paymaster robbery insuranceinsurans rompak jurugajiinsuransTiadaPerlindungan terhadap kerugian akibat rompakan ke atas wang gaji pekerja daripada jurugaji.
composite ratekadar kompositinsuransTiadaKadar tunggal yang menggunakan satu asas sahaja bagi pengiraan premium, seperti gaji atau hasil jualan. Bagi kadar tunggal ini, insured dilindungi daripada berbagai bahaya yang berkaitan dengan Premis dan Operasi, Operasi Dempurna, Liabiliti Keluaran dan Automobil. Tujuan utama ialah untuk memudahkan pengiraan premium polisi tersebut.
personel income taxcukai pendapatan perseoranganEkonomiTiadaCukai yang dikenakan terhadap pendapatan yang diterima oleh individu atau isi rumah, iaitu termasuk gaji dan upah, dan pendapatan daripada harga seperti sewa, dividen, atau bunga. Pendapatan boleh cukai ialah jumlah semua pendapatan tersebut setelah diambil kira potongan tertentu yang dibenarkan. Jumlah cukai yang dibayar bergantung pada kadar cukai dan pendapatan boleh cukai. Di Malaysia, kadar cukai pendapatan adalah progresif supaya golongan berpendapatan tinggi membayar cukai pada kadar yang lebih tinggi daripada golongan berpendapatan rendah.
12

Kembali ke atas