Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.jus] | ݢاجوس

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg buahnya berbiji di luar), jambu golok, jambu ketereh, jambu monyet, kajus, janggus, Anacardium occidentale; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), belonggok, Alseodaphne penduncularis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.jus] | ݢاجوس

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berbiji di luar); janggus; jambu monyet; jambu golok, Anacardium occidentale. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gajus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
appetizerpembuka seleraHerbaPemiawaianHerba yang dapat merangsang atau meningkatkan selera. Contohnya, ulam-ulaman seperti pucuk gajus (Anacardium occidentale), daun betik (Carica papaya), pegaga (Centella asiatica) dan daun mengkudu (Morinda citrifolia).
blistering agentagen pelepuhHerbaPemiawaianEkstrak herba yang menyebabkan kesakitan atau kerengsaan pada kulit, mata dan mukosa. Bahan tersebut boleh menyebabkan luka melepuh. Contohnya, getah yang keluar dari daun gajus (Anacardium occidentale) yang bertindak sebagai agen pelepuh.
ulcerulserHerbaPemiawaianKerosakan pada permukaan sesuatu organ atau tisu yang menyebabkan luka atau inflamasi seperti ulser mulut atau ulser usus. Contoh herba yang boleh menyebabkan ulser mulut ialah getah daun atau pucuk gajus (Anacardium occidentale).
anacardic acidasid anakardikHerbaPemiawaianSebatian lipid organik yang mengandungi asid salisiklik dengan kumpulan penggantian rantai alkil yang mempunyai 13, 15 atau 17 atom karbon. Asid anakardik berbentuk cecair berwarna kuning, tidak larut dalam air dan larut dengan etanol dan eter. Contohnya, daun gajus (Anacardium occidentale) kaya dengan asid anakardik.
lipidlipidHerbaPemiawaianSebatian organik semula jadi yang mempunyai keterlarutan dalam air yang terhad atau terbatas dan boleh diekstrak daripada herba dengan menggunakan pelarut organik yang tidak berkutub, seperti heksana dan kloroform. Lipid terbahagi kepada dua jenis, iaitu terhidrolisis seperti jenis lelemak dan minyak, dan tidak terhidrolisis seperti sterol dan lilin. Contohnya, kandungan lipid yang terdapat di 41 dalam biji selasih (Ocimum basilicum), buah dan daun gajus (Anacardium occidentale).

Kembali ke atas