Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.lang] | ݢالڠ

Definisi : benda melintang utk landasan (penunjang, penopang, dll); ~ dapur a) papan di sekeliling tempat memasak; b) sj tumbuhan, gading; ~ ganti pengganti; ~ geta Kd gelegar; ~ kepala bantal (kepala); ~ perahu balak utk menyangga perahu; bergalang 1. menggunakan galang (bantal, landasan, dll); ~ tanah berbantal tanah; 2. berada di atas galang, sedang disangga (ditopang) dgn galang;menggalang 1. diberi galang (landasan,ganjal, dll), menyokong, menunjang: ~ kepala dgn bantal; ~ perahu; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): menyumbangkan tenaga dan fikiran utk ~ parti sendiri; 3. menghalang: barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja;menggalangkan 1. membuat sesuatu sbg galang: ~ paha di bawah kepala orang sakit; ~ batang leher ki sanggup berkorban; 2. meletakkan (perahu dsb) di atas galang: sampan yg bocor itu akan digalangkan;tergalang 1. digalang, berganjal; kapal ~ kapal yg terletak di atas galang; lidah ~ ki tidak dapat bertutur lagi (menyanggupi permintaan dll); 2. terhalang, tersekat; galangan 1. tempat membaiki kapal di darat, landasan; 2. halangan, sekatan: ketiadaan wang adalah satu ~ yg besar utk meneruskan pelajaranku; 3. = galang-galangan permatang sawah;penggalang sesuatu yg digunakan utk menggalang, perintang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.lang] | ݢالڠ

Definisi : sj tumbuhan (herba), Spilanthes acmella; ~ dapur sj tumbuhan (pokok), Vitex longisepala; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Goniothalamus giganteus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.lang] | ݢالڠ

Definisi : , = galang-galang sesuatu yg dipasang melintang utk dijadikan landasan, penopang dll. ~ kepala bantal. ~ perahu kayu atau balak tempat meletakkan perahu yg hendak dibaiki atau dibersihkan. ~ rata galang yg rata permukaannya. ~ V galang yg terdiri drpd dua landasan (landasan luar dan landasan dalam) yg diletakkan agak renggang. bergalang 1 menggunakan galang; ada galangnya. 2 (sedang) terletak di atas galang; berada di atas galang. menggalang 1 memberi bergalang; menyokong; menyangga: Ia ~ kepalanya dgn bantal. 2 tidak membiarkan atau tidak melepaskan; menghalang. Ia tidak pernah ~ kemahuan anaknya. menggalangkan 1 menjadikan sesuatu sbg galang; menggunakan sesuatu utk menggalang: Ahmad berbaring di atas katil sambil ~ tangan kirinya di bawah kepalanya. 2 meletakkan (perahu dll) di atas galang perahu: Mereka ~ perahu yg bocor itu. galangan 1 tempat membaiki perahu atau kapal di darat. 2 sesuatu yg menghalang; halangan: Jika tidak ada ~ apa-apa, insya-Allah, saya akan pergi ke sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galang

Peribahasa

Menjadi apit lempang cencang galang.

Bermaksud :

Mengambil tempat sebagai pengganti dalam sesuatu usaha yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beam trawlpukat tunda galangSains MarinTiadaSejenis pukat tunda yang mempunyai galang bagi mengekalkan pukat dalam keadaan terbuka dan berbentuk kon dengan satu keroncong pada hujungnya. Bukaan mendatar pada mulut pukat dikekalkan dengan adanya galang melintang sementara bukaan menegak dikekalkan dengan adanya dua gelung logam di kiri dan kanan mulut pukat tersebut. Galang dibuat daripada kayu atau logam dan panjangnya mencapai sehingga 12 m.
ceiling joistgalang geta/ pelancar silingPenilaian Harta TanahTiadaTiada

Kembali ke atas