Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.las] | ݢالس

Definisi : 1. kayu yg dipikul di bahu utk mengandar (mengangkat, membawa) barang-barang, kandar, pengandar, gandar; 2. beban yg dikandar dgn galas (kayu); 3. barang jualan yg dijajakan dgn cara berkandar; ~ habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi jua prb pekerjaan yg tidak meng­untungkan; ~ terdorong kpd Cina prb sudah terlanjur dan tidak dapat ditarik balik; bagai menyandang ~ tiga berat tak berapa rintangnya yg lebih prb pekerjaan yg senang tetapi susah hendak melakukannya; dilihat ~ berlaba, dihitung pokok termakan prb zahir­nya untung tetapi sebenarnya rugi; sambil menyerodok (menyorok) ~ lalu prb sambil bersenang-senang tercapai juga cita-cita (keuntungan dll); menggalas 1. memikul barang-barang dgn galas (kandar), mengandar; 2. menyandang (bungkusan dll) di atas bahu, memikul: ia ~ sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg; 3. menjajakan barang dagangan; orang ~ penjaja; 4. ki memikul atau me­nanggung (tanggungjawab, masalah, dsb): dia pulang ke rumah panjang ~ masalah di bahunya;penggalasan 1. perihal menggalas, perda­gangan; 2. tempat berdagang;penggalas penjaja, pedagang kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.las] | ݢالس

Definisi : 1 kayu yg diletakkan di bahu utk membawa barang-barang; kandar. 2 barang-barang yg dibawa dgn menggunakan kandar. menggalas 1 membawa barang-barang di atas bahu dgn menggunakan galas: ~ bungkusan. 2 memikul (menyandang) bungkusan di atas bahu: Pekerja itu ~ seguni beras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galas

Peribahasa

Galas habis senggulung tandas,
     lamun dihitung rugi juga.

Bermaksud :

Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bearing crushtindihan galasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaUnjuran berlebihan pada galas untuk pencatuman sempurna galas dengan jara rumah galas.
embeddabilityboleh benamKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCiri galas yang membolehkan zarah kecil terbenam dalam galas untuk melindungi galas daripada rosak.
plastigageplastigageKejuruteraan AutomotifEnjinBahan plastik yang dibuat berbentuk rod yang bersaiz kecil dalam pelbagai diameter. Bahan ini digunakan untuk mengukur kelegaan pada galas utama aci engkol, galas rod penyambung dan galas aci sesondol.
bearing captukup galasKejuruteraan AutomotifEnjinPengapit logam tegal yang menjadi pasangan kepada rod penyambung. Tukup ini digunakan untuk memegang galas rod penyambung atau galas utama pada aci engkol.
friction bearinggalas geseranKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGalas yang bersentuhan di antara permukaan yang bergerak, misalnya galas sarung yang digunakan untuk menghubungkan bahagian hujung besar rod penyambung dengan cemat engkol.
bearing spinmejam galasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPutaran galas dalam keadaan kurangnya minyak pelincir sehingga menyebabkan galas menjadi lampau panas dan mengembang, mericih dan terkunci pada bahagian aci yang berputar.
needle bearinggalas jarumKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGalas antigeseran yang menggunakan pengguling berdiameter sangat kecil yang disusun secara jejari mengelilingi aci galas.
antifriction bearinggalas antigeseranKejuruteraan AutomotifEnjinGalas yang menanggung beban melalui unsur bebola atau jejarum yang diletakkan di antara jurnal, iaitu bahagian hujung aci yang disokong dengan permukaan perumah galas. Unsur ini bertujuan untuk mengurangkan geseran antara jurnal dengan perumah. Geseran ini dapat dikurangkan lagi dengan penggunaan minyak pelincir atau gris yang diletakkan di permukaan unsur tersebut.
bearing crushpengasak galasKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti tambahan yang diwujudkan dalam komponen separuh galas untuk memastikan sentuhan sempurna antara permukaan belakang galas dengan gerek perumah semasa enjin dipasang.
bearing spreadkembangan galasKejuruteraan AutomotifEnjinJarak lebihan kecil melebihi diameter gerek yang merentasi permukaan pemisah separuh galas yang bertujuan untuk memastikan padanan yang ketat antara galas dan perumah.
123456

Kembali ke atas