balk/baulk | batas tanah asal | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bahagian tanah yang ditinggalkan secara menegak antara dua petak gali cari dan di penjuru kawasan gali cari yang luas. Batas ini memberi maklumat rujukan yang jelas kepada lapisan stratigrafi, lapisan artifak dan lapisan budaya petak gali cari dibandingkan dengan stratigrafi pada petak bersebelahannya. Dalam gali cari yang menggunakan kaedah grid, 25 peratus daripada tapak mungkin terdiri daripada batas dan boleh memberi jawapan tentang masalah stratigrafi. Batas tanah asal dibekalkan atau dibuang bergantung kepada matlamat penyelidik. Batas ini juga digunakan untuk laluan berjalan atau mengangkut tanah. |
emanation prospecting | cari gali emanasi | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah mencari gali berdasarkan kandungan radon di udara yang terperangkap di dalam tanah. |
qualifying prospecting expenditure | belanja cari gali layak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perbelanjaan ke atas kegiatan cari gali untuk tujuan potongan daripada pendapatan terkumpul. |
exploration | penjelajahan; peninjauperiksaan; cari gali | Geologi | Tiada | 2. Penjelajahan: Proses menjelajah ke sesuatu kawasan untuk tujuan tertentu.,3. Cari gali: Siri kerja yang dilakukan untuk mengesan kehadiran longgokan hidrokarbon sama ada minyak atau gas di dalam batuan. |
eligible area (prospecting) | kawasan layak (cari gali) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kawasan yang telah ditentukan untuk kegiatan cari gali. |
excavation | ekskavasi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Proses mengumpul data dalam bidang arkeologi untuk memperoleh maklumat tentang masa lampau manusia. Aktiviti gali cari atau ekskavasi bermula dari permukaan tanah hingga ke bawah sehingga mencapai tahap lapisan tanah budaya asal. Gali cari sesebuah kawasan berskala kecil atau besar boleh menyebabkan kemusnahan bukti primer. Ahli arkeologi perlu berhati-hati semasa melakukan gali cari dan bertanggungjawab terhadap bukti yang akan musnah. Sebelum sesuatu kawasan diputuskan untuk digali cari, beberapa tahap pengesanan bawah tanah perlu dilakukan dengan menggunakan arus rintangan elektrik, survei permukaan tanah atau bawah tanah, dan foto udara. Sinonim gali cari. |
artifactual classification | klasifikasi artifak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Proses mengelaskan artifak yang diperoleh sama ada melalui gali cari, jumpaan tidak sengaja, survei dan simpanan individu. Pengelasan ini melibatkan jenis dan bahagian artifak yang sama. Pengelasan artifak melalui kaedah jumpaan gali cari direkodkan berdasarkan kedalaman dan kedudukannya sementara pengelasan artifak melalui kaedah survei direkodkan berdasarkan jumlah dan jenis. Tujuan pengelasan ini adalah untuk memudahkan analisis corak, teknologi pembuatan, merekonstruksi artifak yang telah pecah dan menentukan zaman penggunaan artifak tersebut. |
excavation | gali cari | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Lihat ekskavasi. |
prospecting | cari gali | Geografi | Tiada | Pencarian galian atau kejadian-kejadian lain yang mempunyai nilai ekonomi. |
prospecting | cari gali | Kimia | Tiada | Tiada |