lattice mismatch | tiada kesepadanan kekisi | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan yang menggambarkan tidak wujud kesepadanan satah kekisi antara dua permukaan bahan seperti filem tipis dan substrat. Contohnya, tiada kesepadanan kekisi berlaku, apabila filem tipis indium galium nitrida (InGaN) dimendapkan di atas substrat nilam (Al2O3) dalam proses pembuatan diod pemancar cahaya, (LED). Tiada kesepadanan kekisi menyebabkan kecekapan peranti LED rendah. |
heteroepitaxy | heteroepitaksi | Fizik | Nanoteknologi | Kaedah pemendapan lapisan filem monohablur ke atas substrat monohablur berlainan jenis. Filem tipis ini disediakan dengan kaedah percikan, ablasi laser denyut atau epitaksi alur molekul (MBE). Contohnya, hablur semikonduktor seperti galium arsenida, germanium dan kadmium telurid (CdTe) dapat dimendapkan pada permukaan hablur silikon. Banding homoepitaksi. |
square well | perigi segi empat sama | Fizik | Nanoteknologi | Nanostruktur satu dimensi bahan yang difabrikasi supaya memberikan kesan kuantum yang sama seperti elektron terkurung dalam perigi keupayaan berbentuk segi empat sama. Struktur ini berbentuk filem tipis berketebalan sama atau kurang daripada 100 nm. Contohnya, filem tipis galium arsenida yang dimendapkan di atas satu substrat. |
electroluminescence | elektropendarcahaya | Kimia | Kimia Analisis | 1. Pemancaran cahaya oleh bahan tertentu apabila diletakkan di dalam medan elektrik. 2. Pendarcahaya yang terjana di dalam hablur oleh medan atau arus elektrik. Ia merupakan suatu perlakuan keadaan pepejal yang melibatkan semikonduktor jenis p dan n dan berlaku pada pelbagai sebatian berhablur seperti silikon karbida, zink sulfida dan galium arsenida. |