Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gumgusi; gamHerbaFitoterapi1. Tisu gentian yang diliputi membran mukus yang menyelubungi akar gigi, tulang rahang atas dan bawah. 2. Cecair pekat yang dikeluarkan oleh spesies tumbuhan tertentu. Gam akan berubah warna dan mengeras apabila terdedah kepada cahaya dan air.
mucilagemusilajHerbaFitoterapiBahan likat seperti gam yang dihasilkan oleh beberapa jenis tumbuhan. Musilaj berkesan digunakan untuk merawat dan melegakan bahagian yang terkena radang.
gessogesoKesenianHiasan DalamanCampuran pewarna putih dengan gam yang digunakan sebagai cat lapisan asas yang digunakan pada Zaman Pertengahan dan Zaman Renaissance.
perfect bindingpenjilidan perekat-TiadaProses menjilid kuras menggunakan gam.
lock bindingpenjilidan kunci-TiadaProses menjilid dengan menggores dan menyapu gam pada bahagian kuras
hebal lozengelozeng herbaHerbaTiadaSediaan herba dalam bentuk pepejal yang mengandungi gula dan gam. Lozeng digunakan untuk merawat penyakit berkaitan mulut dan kerongkong, batuk dan nafas berbau. Lozeng biasanya dikemam supaya melarut secara perlahan-lahan. Contohnya, gula-gula berubat herba.
polysubstance use disordergangguan penggunaan pelbagai bahanPerubatanPsikiatriPenyakit psikiatri yang berpunca daripada penggunaan pelbagai bahan, seperti alkohol, dadah, gam dan ubat yang tidak dipreskripsi oleh doktor.
xanthanxantanHerbaTiadaHeteropolisakarida yang mengandungi residu D-glukosa, D-manosa dan asid D-glukoronik. Xantan diperoleh daripada Xantomonas campestris dan digunakan dalam penghasilan gam xantan semula jadi terlarut air.
morphological classificationpengelasan morfologiHerbaTiadaPengelasan herba yang dibahagikan mengikut kumpulan seperti daun, bunga, buah, biji, keseluruhan tumbuhan, kayu, kulit kayu, rizom, akar, lateks, ekstrak, gam, resin, minyak, lemak dan lilin. Pendekatan pengelasan berdasarkan kumpulan ini mempunyai kelebihan untuk kajian herba. Contohnya, pengenalpastian serbuk herba, lazimnya berasaskan ciri mikromorfologi.
swelling indexindeks mengembungHerbaTiadaNilai kemampuan satu gram bahan herba mengembung dalam suatu isi padu (mililiter) larutan akues selepas 4 jam. Nilai ini merupakan ukuran kandungan musilaj, gam, pektin atau hemiselulosa dan bahan yang boleh mengembung dalam herba bagi menentukan kualiti bahan mentah. Kaedah yang biasa digunakan adalah dengan menggoncangkan satu gram bahan herba dalam satu mililiter campuran air-etanol (1:25) setiap sepuluh minit selama satu jam dan hasilnya diukur selepas 4 jam. Contohnya, had piawai indeks mengembung bagi agar ialah � ? 10.

Kembali ke atas