Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ma] | ݢاما

Definisi : huruf ketiga dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol G, g. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gama


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gamma radiographyradiografi gamaTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTeknik radiografi industri yang menggunakan sinar gama sebagai punca sinaran. Contoh punca sinar gama ialah Iridium-192, Kobalt-60 dan Selenium-75.
alpha-gamma coactivationkoaktifan alfa gamaSains SukanBiomekanikPengaktifan neuron motor alfa dan neuron motor gama yang berlaku secara seiring pada saraf tunjang.
annihilation radiationsinaran musnah habisTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSinaran sekunder yang terhasil semasa penggunaan radiografi sinar gama atau sinar-X bertenaga tinggi. Sinaran sekunder ini terjadi apabila elektron dan positron terhasil akibat pemusnahhabisan sinaran foton. Positron yang terhasil mempunyai tempoh hayat yang singkat, bercas positif dan berjisim sama dengan elektron serta hilang melalui penghasilan dua foton. Sinaran musnah habis terhasil apabila positron bertembung dengan elektron dan menyebabkan kedua-duanya musnah dan hilang. Pertembungan ini menghasilkan sinar gama yang bertenaga 511 keV dan bergerak ke arah bertentangan.
crawlerperangkakTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikAlat yang digunakan untuk menggerakkan tiub sinar-X atau gama di dalam paip yang panjang semasa pengujian radiografi.
pair productionpenghasilan berpasanganTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFenomena yang terjadi hasil tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga lebih daripada 1.02  MeV dengan nukleas atom. Tindak balas ini menyebabkan pasangan elektron dan positron terhasil dengan masing-masing bertenaga 0.51 MeV. Kedua-dua elektron berlainan cas ini akan bercantum semula secara musnah habis untuk menjadi foton. Proses ini berlaku apabila foton bertenaga tinggi melalui bahan bernombor atom tinggi. Lihat juga sinaran musnah habis.
ionising radiationsinaran pengionanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSinaran yang terdiri daripada zarah, sinar-X, atau sinar gama dengan tenaga yang mencukupi untuk menyebabkan pengionanan dalam medium yang dilaluinya.
Compton scatteringpenyerakan ComptonTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFenomena yang terjadi hasil daripada tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga tinggi dengan elektron pada orbit yang paling luar. Tindak balas ini menyebabkan elektron tersebut terpantul keluar dari orbitnya. Tenaga foton menjadi berkurangan menyebabkan sinar tersebut bertenaga rendah. Penyerakan Compton ini ditemui oleh Arthur Holly Compton.
photoelectric effectkesan fotoelektrikTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFenomena yang terjadi hasil daripada tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga dari 0.01 MeV hingga 0.5 MeV dengan elektron yang berdekatan nukleus. Tindak balas ini menyebabkan elektron tersebut terpantul keluar dari orbitnya. Kesan fotoelektrik boleh berlaku pada bahan yang bernombor atom tinggi.
activitykeaktifanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKadar pereputan spontan sebarang bahan radioaktif seperti pemancaran zarah alfa, zarah beta, sinar gama dan sinar mengion yang lain. Unit yang digunakan ialah Becquerel (Bq) atau Curie (Ci).
neutron radiographyradiografi neutronTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTeknik radiografi yang menggunakan neutron sebagai punca sinaran. Penyerapan sinar-X dan sinar gama secara langsung bergantung pada nombor atom dan ketumpatan bahan, manakala penyerapan neutron bergantung pada elemen bahan. Contohnya, bahan organik atau air jelas kelihatan dalam radiografi neutron kerana kandungan hidrogen yang tinggi, manakala struktur bahan seperti aluminium dan keluli adalah hampir telus.
12

Kembali ke atas