Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ma/] | ݢامق

Definisi : 1. agak, kira, sangka: ini tuan puteri ~nya; tidak ~ tidak ragu-ragu; 2. sanggup, sampai hati: sampai ~ ia menipu aku; ~-~ spt orang menyambal prb membuat keputusan tentang perbuatan dll dgn diagak-agak saja;menggamak-gamak 1. memegang-megang utk mengagak besar (berat) sesuatu, mengagak-agak: digamak-gamaknya benda itu lalu ia membayar harganya; 2. memegang-megang utk mengancam, mengacu-acu (senjata dll): ~ hulu keris;tergamak sampai hati, sanggup, teragak: masakan ~ ia membiarkan seorang drpd ahli keluarganya itu diseksa Jepun; tidak ~ a) tidak teragak, tidak terkira; b) tidak ragu-ragu, tidak teragak-agak; c) tidak sampai hati, tidak sanggup: barangkali Ismail tidak ~ melihat Jamilah, sepupunya itu menangis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ma/] | ݢامق

Definisi : pendapat yg dibuat dgn hanya mengagak atau menyangka saja; agak: Inilah rumah Pak Cik Ali ~nya. menggamak 1 memegang-megang dgn tangan kerana hendak mengagak berapa beratnya atau besarnya: Selepas ~ kalung itu, ia meminta supaya harganya dikurangkan sedikit. 2 membuat kesimpulan berdasarkan tekaan atau sangkaan semata-mata; mengagak. 3 memegang-megang sesuatu utk mengancam: Dia berkata-kata dgn keras sambil ~ hulu kerisnya. tergamak sanggup melakukan sesuatu; sampai hati: Masakan dia ~ menghampakan harapan ibunya. tidak ~ a. tidak dpt diteka atau diagak. b. tidak sampai hati; tidak sanggup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gamak

Puisi
 

Pagi-pagi makan nasi lemak,
     Mari makan sambil mengarut;
Yang terkena tu tempat tak gamak,
     Tempat yang bagus tak mahu diturut.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gamakgamakMuzikTiada

 Lihat gamaka.

gamakagamakaMuzikTiada

 Bunga melodi dalam muzik Hindustani seperti aciakatura, slur serta nyanyian pic tertentu dengan vibrato besar pada not tertentu dalam setiap raga. Gamaka menambahkan keindahan bunyi pada muzik tersebut. Sinonim gamak.


Kembali ke atas