Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bising, riuh-rendah: Dewan Rakyat ~ dgn gelak ketawa hari ini;menggamatkan menyebabkan gamat pd telinga, membisingkan, memekakkan: pekik sorak ~ suasana;kegamatan keadaan gamat, kebisingan: ~ kelas reda secara mendadak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gamat I

Puisi
 

Cik Gamat menikam gamat,
     Bunga melur kembang sekaki;
Biar lambat asal selamat,
     Dalam telur boleh kunanti.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
algivorepemakan algaPerikananAkuakulturTabiat pemakanan ikan yang memilih makanan utama daripada sumber alga. Contoh ikan pemakan alga ialah gamat, landak laut dan dengkis.
pot medicineubat periukHerbaTiadaSediaan campuran pelbagai bahan herba kering yang terdiri daripada berbagai-bagai akar dan daun kayu serta haiwan seperti gamat. Ubat periuk direneh dengan air (500 ml) sehingga berkurang menjadi setengah atau sepertiga daripada isi padu asal di dalam periuk tanah atau tembikar. Larutan herba kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Bahan herba yang tertinggal boleh digunakan kembali dengan tambahan air. Contohnya, ubat periuk selepas bersalin.
animal extractekstrak haiwanHerbaPeraturan dan PemasaranPati yang terhasil melalui pengekstrakan haiwan dengan menggunakan pelarut organik atau akues. Ekstrak digunakan dalam penghasilan produk penjagaan kesihatan dan kosmetik. Ekstrak ini dihasilkan melalui rendaman dalam pelarut selama 8 hingga 12 jam pada suhu bilik. Ekstrak haiwan yang terhasil mengandungi komposisi bahan kimia dalam jumlah yang berbeza antara spesies. Terdapat pelbagai jenis ekstrak seperti ekstrak kering, ekstrak cair, tinktur dan ekstrak bendalir. Contoh ekstrek haiwan seperti ekstrak gamat dan ekstrak haruan.
hadopelagic zonezon hadopelagikSains MarinTiadaZon pelagik lautan yang paling bawah, bermula sekitar kedalaman 6000 m hingga ke jurang lautan yang paling dalam. Zon ini dikenali juga sebagai zon jurang kerana biasanya wujud dalam lekukan berbentuk V yang panjang dan sempit. Kandungan nutriennya yang sangat rendah, tekanan yang sangat tinggi serta keadaan tanpa cahaya menjadikan kawasan ini sukar untuk didiami. Terdapat beberapa kumpulan metazoa yang hidup di zon ini seperti ikan laut dalam, gamat, Polychaeta, Bivalvia, Isopoda, Amphipoda dan Gastropoda. Sumber makanan diperoleh daripada bahan organik yang jatuh dari badan air ke atasnya dalam bentuk salji samudera atau daripada tindak balas kimia di sekitar lohong hidroterma.

Kembali ke atas