Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj alat muzik (dibuat drpd bilah-bilah kayu atau gangsa yg panjangnya tidak serupa); ~ keromong gamelan khas Betawi untuk mengiringi drama rakyat Betawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gambang I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gambanggambangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Gambang ialah sejenis zailofon yang berasal dari Indonesia. Alat muzik ini terdiri daripada lebih kurang 28 kepingan kayu keras yang terletak di atas sebuah kotak kayu berbentuk segi empat bujur. Kepingan kayu tersebut dipukul dengan menggunakan sepasang pemukul kayu yang berbalut. Gambang ditiunkan dalam sistem tiunan gamelan, iaitu skel slendro, pelog atau skel pentatonik. Jarak tonalnya dalam tiga oktaf. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel gamelan. Fungsi gambang untuk membungai atau menghiasi melodi asas. Alat muzik jenis zailofon ini juga terdapat di tempat lain dengan nama yang berbeza-beza seperti gabbang di Sabah, patala di Myanmar dan ranat di Thailand.

gambang buluh (Mal)gambang buluhKesenianTiadaGambang daripada buluh.
gambang kayu (Mal)gambang kayuKesenianTiadaGambang daripada kayu.
gambang (Mal)gambangKesenianTiadaAlat idiofon.
glockenspielglockenspielKesenianTiadaGambang logam diatonik.
ranet thum (Thai)ranet thumKesenianTiadaGambang kayu beroktaf rendah.
ranat ek (Thai)ranat ekKesenianTiadaGambang daripada kayu.
ranat-ek-lek (Thai)ranat-ek-lekKesenianTiadaGambang daripada besi.
tembangtembangKesusasteraanTiadaKarangan berangkap yang dinyanyikan, biasanya berbentuk syair, pantun dan seloka. Kebanyakan puisi Jawa disampaikan dalam bentuk tembang, contohnya kidung yang dilagukan dengan iringan alat muzik gambang dan saron. Tembang berasal daripada bahasa Jawa bermaksud nyanyian atau puisi. Lihat juga kidung.
balunganbalunganMuzikTiada

 Melodi asas yang dimainkan oleh alat muzik saron de­mung, saron barung dan slentem dalam gamelan Jawa. Melodi asas ini diimprovisasi oleh alat melodi lain seperti gambang dan bonang. Balungan bermaksud tulang dalam bahasa Jawa.

12

Kembali ke atas