icon | ikon | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran ataupun citra yang diungkapkan oleh seseorang penyair dalam rangkap puisi. Gambaran itu mungkin diilhami daripada kehidupan manusia mahupun alam semula jadi. |
mimetic criticism | kritikan mimetik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang melihat karya kesusteraan sebagai suatu peniruan, refleksi atau gambaran tentang alam dan kehidupan manusia. Mengikut kaedah ini, fungsi utama kesusasteraan adalah mencipta kembali pengalaman manusia dengan menggunakan kata-kata. Ukuran dasar bagi sesebuah karya ialah ketepatan gambaran tersebut jika dibandingkan dengan objek yang sebenar. Menurut Aristotle dalam Poetics, sastera merupakan peniruan kehidupan seperti sedia ada. Dalam kritikan ini, aspek sosial, moral, psikologikal dan lain-lain diserlahkan untuk menilai sejauh mana peniruan tersebut memberikan gambaran yang sebenar mengenai kehidupan manusia. |
exoticism | eksotisisme | Kesusasteraan | Tiada | Keanehan yang tergambar dalam sesuatu cerita tanpa mengambil kira gambaran tersebut benar atau palsu. Keanehan tergambar pada aspek latar, peristiwa, dan watak yang mempesonakan serta mengasyikkan dalam sesuatu cerita. Dari sudut wacana orientalisme, gambaran eksotisisme ini sengaja menonjolkan sifat aneh dan asing bagi latar, motif, rujukan budaya, dan sosial masyarakat Timur. Kebanyakan karya kolonialisme pada abad ke-18 dan 19 memaparkan negara Timur seperti India, Timur Tengah dan Asia Tenggara sebagai latar eksotik. Contoh eksotisisme ditemui dalam karya bertajuk Persian Eclogues (1742) oleh Willian Collins, Vathek (1786) oleh William Beckford, dan Lord Jim (1895) oleh Joseph Conrad. |
typology | tipologi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Membahagi atau mengelompokkan sesuatu bahan kajian kepada beberapa kelompok. Kaedah ini dibuat untuk menjelaskan sesuatu gambaran tentang sesuatu perkara serta mempermudahkan analisis. Proses ini kerap dibuat untuk memberi gambaran tentang terdapatnya perbezaan antara satu jenis dengan jenis yang lain. Contohnya, penjenisan negara kepada negara maju, negara Komunis dan negara sedang membangun. Sinonim penjenisan. |
band picture | gambaran jalur | Kimia | Tiada | Tiada |
image | citra | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi. |
image | citra | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi. |
ideograph | ideograf | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran gagasan atau wawasan yang diungkapkan oleh seseorang penyair dalam puisinya. Lazimnya ideogram yang disisipkan dalam puisi adalah gagasan atau wawasan yang menjadi pegangannya. Contohnya, Usman Awang menyisipkan gagasan atau konsep Seni untuk Masyarakat (SUM) dalam puisi yang dihasilkannya pada tahun 1950-an, kerana beliau memang berpegang teguh kepada gagasan itu. Begitu juga dengan penyair yang menyisipkan ideogram Realisme Sosialis dalam puisi mereka sewaktu Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) menguasai perkembangan Kesusasteraan Maden Indonesia (1950-an - 1960-an). |
concept | konsep | Kesusasteraan | Tiada | Gambaran pemikiran, gagasan, pengertian atau tanggapan yang terdapat atau wujud dalam kepala individu tentang sesuatu objek, perkara, peristiwa dan sebagainya. |
allegory | alegori | Kesenian | Tiada | Gambaran dalam citra yang mengandungi makna yang tersirat dan pengajaran moral. |