Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.mé.lan] | ݢميلن

Definisi : (gamélan) seperangkat alat muzik yg berasal dr Jawa, yg terdiri drpd beberapa jenis alat yg dipalu spt saron, bonang, gambang, gong, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.mé.lan] | ݢميلن

Definisi : /gamélan/ selengkap alat muzik Jawa yg terdiri drpd gong, gendang dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gamelan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gamelan Jawagamelan JawaMuzikTiadaEnsembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di Surakarta dan Jogjakarta dari awal kurun Masihi. Ensembel ini dimainkan bagi upacara dan hiburan orang bangsawan di istana dan rakyat biasa di desa. Gamelan Jawa juga dipersembahkan untuk mengiringi tarian dan wayang. Alat muzik merangkumi alat yang menandakan masa seperti gong ageng, suwukan, siyem, kempul, kenong, ketuk dan kempyang; alat yang menghasilkan melodi asas seperti saron demung dan saron barung; alat yang membungai melo­di asas seperti bonang, gambang, rebab, suling dan celempung serta alat dram seperti gendang, ciblong dan ketipung. Penyanyi pesindhen dan gerong juga membungai melodi asas. Dua jenis skel yang digunakan ialah skel lima ton, iaitu slendro dan tujuh ton, iaitu pelog.
gamelan gong kebyargamelan gong kebyarMuzikTiadaEnsembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang dicipta di Bali pada awal abad ke-20. Keistimewaan muzik ini ialah permainan melodi dan rentak yang bertingkah-tingkah dengan tempo yang cepat atau kotekan. Mod Bali diadaptasikan daripada skel tujuh ton, iaitu pelog. Alat muzik merangkumi jegogan, calung atau jublag yang menghasilkan melodi asas, pemade, kantilan, ugal dan reyong yang menghiasi melodi asas dengan rentak yang bertingkah-tingkah, kendhang yang bermain rentak serta cengceng, gong dan kempul yang menandakan masa. Sinonim kebyar.
gendinggendingMuzikTiadaLagu gamelan yang bermelodi. Gending dalam bahasa Jawa bermaksud karya muzik.
slendroslendroMuzikTiadaSkel lima not muzik gamelan Jawa. Skel ini mempunyai jeda yang hampir sama jarak antara satu not dengan satu not yang lain, iaitu lebih kurang VA ton. Skel slendro dimainkan dalam tiga mod atau pathet. Setiap not mempunyai namanya yang tersendiri, iaitu penunggul, gulu, dada, lima dan enem.
object poemsajak objekKesusasteraanPuisiPuisi yang mengungkapkan pemikiran dan tema berdasarkan kepada sesuatu objek yang konkrit. Biasanya sesuatu objek yang dipuisikan itu disanjungi atau dikagumi oleh penyairnya. Contohnya, puisi "Gamelan" karya Shafie Abu Bakar dan "Waktu Berdepan Denganmu Kinabalu" karya Kemala.

Kembali ke atas