Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.mét] | ݢاميت

Definisi : (gamét) (Bio) sel pembiakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.mét] | ݢاميت

Definisi : /gamét/ ist sel pembiakan (terutamanya yg matang) dan terdapat kromosom di dlmnya: Pembiakan haiwan mamalia melibatkan penyatuan sel pembiakan yg dinamai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gamet


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gametegametPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSel reproduktif haploid matang sama ada sel germa betina (ovum) atau jantan (sperma). Gamet ini dihasilkan melalui proses gametogenesis. Cantuman antara kedua-dua gamet ini akan membentuk zigot. Sperma pada jantan dihasilkan di testis sementara ovum pada betina pula dihasilkan di ovari. Kedua-dua gamet ini mengandungi satu set kromosom haploid (n).
gametogenesisgametogenesisPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses pembentukan gamet di dalam organ pembiakan. Pembentukan gamet jantan dikenali sebagai spermatogenesis sementara pembentukan gamet betina pula dikenali sebagai oogenesis.
embryoembrioPerikananAkuakulturPeringkat awal perkembangan organisma hidup dalam proses pembiakan. Embrio bermula setelah berlakunya persenyawaan antara gamet jantan dengan gamet betina.
gametegametPerikananAkuakulturSel jantina seperti telur dan sperma yang bersenyawa untuk menghasilkan zigot.
spermspermaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanGamet pembiakan jantan yang dihasilkan di testis. Sperma mengandungi sebahagian bahan genetik dan terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk organisma baharu.
spermatozoonspermatozoonPenternakanGenetik dan PembiakbakaanGamet jantan yang dihasilkan daripada testis. Spermatozoon merujuk kepada satu spermatozoa. Sinonim sel sperma.
oocyteoositPenternakanGenetik dan PembiakbakaanGamet betina yang tidak matang serta mengalami proses mitosis. Proses pematangan oosit berlaku dalam folikel di ovari. Oosit terbentuk dengan adanya folikel serta sel granulosa dan sel teka. Kedua-dua sel ini membantu dalam pembentukan oosit dan penghasilan hormon.
ovumovumPenternakanGenetik dan PembiakbakaanGamet betina yang dikeluarkan dari ovari. Ovum mengandungi sebahagian bahan genetik yang akan menyumbang dalam pembentukan dan penghasilan anak.
oocyte maturationkematangan oositPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses pematangan gamet betina yang dikenali sebagai oosit. Proses ini berlaku dalam folikel di ovari. Pada peringkat akhir kematangan, oosit akan dikeluarkan dari folikel Graaf (pengovulan) bagi membolehkan oosit disenyawakan.
spermatocyte maturationkematangan spermatositPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses kematangan sel gamet jantan yang terhasil daripada spermatogonium dan berada di tubul seminiferus. Dalam spermatogenesis, proses kematangan spermatosit akan membentuk spermatid.
12

Kembali ke atas