Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[gan.dar] | ݢندر

Definisi : 1. kayu utk memikul barang di atas bahu, galas, kandar, pengandar; 2. tangkai (pd timba telaga, pd tenggala); 3. batang dacing; 4. = ~ roda batang besi (kayu dsb) tempat roda berpusing, pasak (poros) roda, aci; ~ cincin pencengkam batu pd cincin; menggandar memikul, mengandar, menggalas; gandaran barang (beban) yg dipikul, pikulan, kandaran: maka Laksamana pun meletakkan ~nya, lalu naiklah ia ke rumah saudagar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.dar] | ݢندر

Definisi : Jk; menggandar mengenderai (kereta, basikal, dll); gandaran kenderaan, kenaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.dar] | ݢندر

Definisi : 1 kayu dll yg digunakan utk memikul barang; galas; kandar. 2 bahagian lengan atau tangan dacing. 3 tempat memegang sesuatu alat spt cangkul, timba, yg biasanya dibuat drpd kayu. 4 = ~ roda batang besi dll yg menghubungkan sepasang roda dan dipasang di tengah-tengah roda tsb. menggandar memikul dgn menggunakan gandar. gandaran apa-apa yg digandar: Maka Laksamana pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah saudagar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gandar

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rear axlegandar belakangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGandar yang dipasang di bahagian bawah belakang rangka kereta yang memegang roda.
axle windupgerak acu gandarKejuruteraan AutomotifTiadaFenomena gandar hidup (biasanya pacuan belakang) dengan spring dedaun yang “menggulung” apabila dikenakan daya pecutan yang kuat disebabkan spring dedaun yang bersifat lembut.

axlegandarKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBatang silang yang menyokong kenderaan dan menempatkan roda.
axle rationisbah gandarKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaNisbah antara laju aci putar dengan roda pacuan (dalam putaran per minit). Nisbah ini ditentukan dengan membahagikan bilangan gigi pada gear gelang dengan bilangan gigi pada gear pinan.
twist-beam suspensionampaian palang kilasKejuruteraan AutomotifTiadaSejenis gantungan gandar belakang yang menggunakan sebatang palang yang menyambungkan roda kiri dan kanan. Ampaian palang kilas boleh mengilas apabila roda kiri dan kanan tidak menganjak secara serentak, contohnya apabila sebelah roda melanggar lubang atau ketika kereta berada dalam keadaan mengoleng.

trail (3)trailSukanLumba BasikalJarak antara garis tegak hed tiub dengan gandar sepit udang.
differentialpembezaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMekanisme yang memacu kedua-dua roda pada gandar belakang yang membolehkan salah satu roda berputar lebih laju semasa melalui selekoh.
four-wheel drive.pacu empat rodaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKenderaan yang mempunyai gandar pacuan di bahagian depan dan belakang, untuk membolehkan keempat-empat roda kenderaan dipacu serentak.
12

Kembali ke atas