Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.di.ngan] | ݢانديڠن

Definisi : banding, tanding; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.di.ngan] | ݢانديڠن

Definisi : benda yg digandingkan (di samping atau di belakang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.di.ngan] | ݢانديڠن

Definisi : apa-apa yg digandingkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gandingan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fluid couplinggandingan bendalirKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaUnit yang memindahkan daya kilas enjin ke sistem penghantaran melalui penggunaan dua unit ram yang beroperasi dengan bantuan bendalir.
benthic-pelagic couplinggandingan bentik-pelagikSains MarinTiadaZon antara muka sedimen-air yang merupakan kawasan berlakunya proses kitaran semula nutrien. Zon ini menerima pelbagai bahan organik dan bukan organik yang mendap dari zon pelagik di atasnya seperti plankton mati, bahan buangan, bahan organik dan detritus yang akan menjalani proses penguraian secara biologi atau kimia dan dikitar semula. Kitaran ini sangat penting kepada produktiviti sesuatu perairan.
charge couple deviceperanti gandingan casFizikNanoteknologiAlat yang diperbuat daripada bahan semikonduktor yang disusun supaya output cas elektrik daripada salah satu semikonduktor mengecas semikonduktor di sebelahnya.
sesquiterpeneseskuiterpenaHerbaPemiawaianSebatian yang terdiri daripada 15 karbon, iaitu hasil gandingan tiga unit isoprena. Seskuiterpena biasanya mudah meruap kecuali yang mempunyai pelbagai kumpulan berfungsi seperti keton dan hidroksi. Seskuiterpena boleh wujud dalam pelbagai bentuk, sama ada bentuk asiklik seperti metoprena, monosiklik seperti bisabolena dan bisiklik seperti santonin dan partenin, dan makrosiklik seperti germakrana. Zerumbon merupakan sebatian seskuiterpena dalam esktrak rizom lempoyang (Zingiber zerumbet) yang berfungsi sebagai antiradang.
triterpenetriterpenaHerbaPemiawaianSebatian dalam ekstrak herba yang terdiri daripada 30 karbon, iaitu gandingan enam unit isoprena, berwarna putih, berhablur dan mempunyai takat lebur yang tinggi. Triterpena terdiri daripada tiga bentuk utama, iaitu asiklik seperti skualena, tetrasiklik seperti lanosterol dan pentasiklik seperti asid ursolik. Sebagai contoh, asid asiatik merupakan triterpena dalam ekstrak pegaga (Centella asiatica).
diterpenediterpenaHerbaPemiawaianSebatian hasilan semula jadi yang terdiri daripada 20 karbon, iaitu hasil gandingan empat unit isoprena. Diterpena boleh wujud dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk asiklik seperti fitol, monosiklik seperti vitamin A, bisiklik seperti sklareol dan manool, trisiklik seperti giberelina, asid abietik, feruginol, asid levopimarik dan sugiol, dan makrosiklik seperti 3,12-diasetil-8-benzoilingol. Contoh herba yang mengandungi diterpena ialah hempedu bumi (Andrographis paniculata) dan lempoyang (Zingiber zerumbet).
monoterpenemonoterpenaHerbaPemiawaianSebatian hasilan semula jadi yang terdiri daripada sepuluh karbon dan terhasil daripada gandingan dua unit isoprena. Kebanyakan sebatian ini mudah meruap, beraroma dan mempunyai aktiviti biologi tertentu seperti antimikrob dan kesan sedatif. Contoh sebatian monoterpena ialah kamfor (nilam), borneol (minyak kayu putih) dan mentol (pudina).
cathodic protectionpelindungan katodKimiaKimia AnalisisProses menghalang permukaan logam daripada terkakis apabila logam tersebut digunakan sebagai katod. Proses ini boleh dilakukan sama ada dengan merendamkan logam tersebut dalam larutan atau secara gandingan.
coupling losseskehilangan penggandingTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKehilangan bahan pengganding pada prob yang menyebabkan penghantaran gelombang bunyi dari prob ke bahan uji atau balikan bunyi dari bahan uji ke prob berkurangan. Keadaan ini menyebabkan kepekaan ujian ultrasonik menjadi rendah. Gandingan prob dengan bahan uji sangat penting dalam ujian ultrasonik. Contoh bahan pengganding ialah air, minyak dan gliserin.

Kembali ke atas