wheatmeal | tepung gandum | Perikanan | Akuakultur | Bahan mentah yang digunakan dalam makanan rumusan ikan. Bahan ini berfungsi sebagai sumber karbohidrat dan juga bahan perekat. |
bran | bran | Sains Kesihatan | Tiada | Bahagian luar yang menyaluti isirung gandum. |
chicken wrap | roti belebat ayam | Makanan dan Pemakanan | Tiada | Makanan berupa roti leper lembut seperti tortila gandum yang dibungkus atau digulung dengan isian di dalamnya seperti daging, ayam, sayur-sayuran, keju dan beberapa jenis sos. |
intermediate goods | barang perantaraan | Ekonomi | Tiada | Barang yang digunakan sebagai input untuk mengeluarkan barang akhir. Misalnya, tepung gandum untuk membuat roti, dan besi dan keluli untuk membuat kereta. Lihat juga barang akhir. |
filler | pengisi | Perikanan | Akuakultur | Bahan yang ditambah tanpa menjejaskan nutrisi utama untuk memenuhi formulasi. Contoh pengisi ialah selulosa, gandum, dedak padi dan tepung jagung. |
excipient | eksipien | Herba | Tiada | Bahan lengai yang ditambah dalam suatu formulasi herba. Eksipien berfungsi sebagai pencair, pembawa, pembentuk dos atau bahan yang memelihara ketekalan suatu ramuan dalam sesuatu bentuk dos herba. Contoh eksipien ialah laktosa, kanji gandum, agar-agar, gelatin dan madu. |
raw ingredient | bahan mentah | Perikanan | Akuakultur | Sumber bahan ramuan yang digunakan dalam penyediaan makanan untuk pelbagai jenis ternakan. Bahan yang digunakan akan dicampur agar makanan yang lengkap dan seimbang dapat disediakan untuk keperluan ternakan. Antara bahan yang kerap digunakan dalam kuantiti yang banyak ialah jagung, hampas isirung kelapa sawit, mil kacang soya, mil ikan, dedak padi, molases, pelepah kelapa sawit dan mineral. Sebahagian daripada bahan ini perlu diproses sebelum dicampur ke dalam makanan. Selain itu, terdapat juga bahan lain yang digunakan dalam kuantiti yang sedikit seperti serbuk batu kapur, urea, garam, vitamin, mineral dan asid amino. Bahan mentah yang diimport, seperti dedak gandum, mil alfalfa dan polard gandum juga turut digunakan sebagai bahan mentah untuk keperluan ternakan. Sinonim bahan ramuan. |
microbial contamination | kontaminasi mikrob | Herba | Tiada | Pencemaran mikroorganisma seperti bakteria, fungus, yis dan kulapuk yang terkandung dalam herba akibat kontaminasi. Kontaminasi mikrob boleh berlaku apabila herba terdedah kepada tanah, semasa pemprosesan dan penstoran yang tidak bersih. Penentuan kandungan mikrob berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan kontaminasi mikrob dalam bahan herba yang melebihi had nilai piawai boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Kontaminasi mikrob dikesan secara mikrobiologi menggunakan kaedah kiraan aerob viabel total. Secara umumnya, kebanyakan farmakopoeia dan WHO telah menetapkan had piawai tertentu bagi bahan herba. Contohnya, British dan European Pharmacopoeia mengehadkan nilai kontaminasi mikrob bagi kanji jagung, ubi kentang, beras dan gandum tidak melebihi 103 bakteria dan 102 fungus untuk untuk setiap gram sampel. Menurut WHO, bahan herba mestilah bebas daripada kontaminasi Salmonella. |