gamelan Jawa | gamelan Jawa | Muzik | Tiada | Ensembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di Surakarta dan Jogjakarta dari awal kurun Masihi. Ensembel ini dimainkan bagi upacara dan hiburan orang bangsawan di istana dan rakyat biasa di desa. Gamelan Jawa juga dipersembahkan untuk mengiringi tarian dan wayang. Alat muzik merangkumi alat yang menandakan masa seperti gong ageng, suwukan, siyem, kempul, kenong, ketuk dan kempyang; alat yang menghasilkan melodi asas seperti saron demung dan saron barung; alat yang membungai melodi asas seperti bonang, gambang, rebab, suling dan celempung serta alat dram seperti gendang, ciblong dan ketipung. Penyanyi pesindhen dan gerong juga membungai melodi asas. Dua jenis skel yang digunakan ialah skel lima ton, iaitu slendro dan tujuh ton, iaitu pelog. |
gamelan gong kebyar | gamelan gong kebyar | Muzik | Tiada | Ensembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang dicipta di Bali pada awal abad ke-20. Keistimewaan muzik ini ialah permainan melodi dan rentak yang bertingkah-tingkah dengan tempo yang cepat atau kotekan. Mod Bali diadaptasikan daripada skel tujuh ton, iaitu pelog. Alat muzik merangkumi jegogan, calung atau jublag yang menghasilkan melodi asas, pemade, kantilan, ugal dan reyong yang menghiasi melodi asas dengan rentak yang bertingkah-tingkah, kendhang yang bermain rentak serta cengceng, gong dan kempul yang menandakan masa. Sinonim kebyar. |
bushing | sesendal | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sarung berbentuk silinder yang diletakkan dalam perumah yang bertindak sebagai permukaan galas. Sesendal ini biasanya diperbuat daripada logam lembut seperti gangsa dan loyang dan bertujuan untuk mengurangkan geseran seperti penggunaan sesendal pada pin omboh. |