Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan yg daun dan bunganya yg kering dihisap spt tembakau sbg dadah yg mengkhayalkan, Cannabis sativa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahagian pangkal bilah keris yg agak tebal. ~ datang (rawan) ganja yg ditempelkan pd bilah keris. ~ iras (menumpu) ganja yg bersambung dgn bilah keris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganja I

Puisi
 

Keris sempena ganja menampang,
     Pakaian anak raja Melayu;
Banyak-banyak pergi berdagang,
     Bencana banyak mendaun kayu.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anodyneanodinHerbaFitoterapiUbat yang menenangkan keresahan fikiran dan melegakan rasa sakit dengan pengurangan sensitiviti sistem saraf. Contohnya, candu dan ganja.
illicit drugsdadah terlarangKriminologiKeadilan JenayahBahan termasuk ubat-ubatan yang penggunaan, pemprosesan, pemilikan dan pengedarannya menyalahi undang-undang. Contohnya, morfin, heroin, ganja dan sebagainya. Sinonim dadah berbahaya.
dangerous drugdadah berbahayaHerbaPeraturan dan PemasaranUbat atau bahan yang memudaratkan seperti dalam senarai Akta Dadah Berbahaya 1952. Contohnya ialah opium, koka, ganja dan marijuana.
narcoticnarkotikHerbaTiadaHerba yang menenangkan rasa sakit yang sukar diubati atau mengaruh anestesia. Herba ini harus digunakan dengan berhati-hati. Contoh herba ini ialah candu, ganja, ketum dan guarana.
crude drugsdrug mentahHerbaTiadaBahan drug yang terdiri daripada produk alam tumbuhan dan haiwan termasuk mineral seperti bentonit dan kaolin. Drug mentah tumbuhan merupakan sumber utama untuk penghasilan bahan alkaloid, glikosida, terpenoid, flavonoid, minyak meruap dan minyak lemak. Kualiti drug mentah adalah pelbagai dan penilaian yang teliti melalui beberapa ujian dan assai perlu dilakukan. Contoh drug mentah ialah candu, ganja, pegaga dan lidah buaya.
incremental repetitionulangan meningkatKesusasteraanPuisiPerulangan bahasa yang dilakukan beberapa kali oleh penyair. Perulangan ini termasuklah perkataan, suku kata, frasa, pola, irama dan baris. Tujuannya untuk rneningkatkan kesan tema dan persoalannya. Contohnya, puisi "Kambing Hitam" karya Usman Awang. merah senja ibu kota merah wama jalan raya merah air Sungai Klang merah baju si anak malang menteri demi menteri di TV-demokrasi telah mangkat pemakamannya di mana saja , di mana saja pemabuk politik-ganja -taridra 13 Mei.
stimulantperangsang/stimulanHerbaTiadaHerba yang meningkatkan kewaspadaan, kesedaran, tenaga dan rasa kesejahteraan. Selain merangsang sistem saraf pusat, sebahagian besar perangsang juga meningkatkan aktiviti sistem saraf simpatetik dan menjana rasa euforia. Perangsang meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan pernafasan serta digunakan terutamanya untuk mengubati asma dan masalah pernafasan lain. Herba ini boleh digunakan sebagai bahan santai. Perangsang juga cenderung disalahgunakan untuk meningkatkan ketahanan dan produktiviti serta mengurangkan selera makan. Contoh herba ini ialah kopi, teh, koko, ganja, ketum, candu dan biji pala.

Kembali ke atas