golden handcuffs | ganjaran keemasan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ganjaran berbentuk insentif kewangan yang diberikan oleh syarikat kepada pekerja untuk memastikan mereka kekal bekerja dan tidak berpindah ke syarikat lain. |
frequent flyer | pengguna penerbangan kerap | Pelancongan | Tiada | Penumpang yang berdaftar dengan program pengguna kerap dan layak mendapat mata ganjaran setiap kali menggunakan perkhidmatan serta dibenarkan menebus ganjaran tersebut setelah memenuhi syarat yang ditetapkan. |
frequent lodger program | program penginap kerap | Pelancongan | Tiada | Program untuk penginap setia yang berdaftar sebagai ahli dan telah mengumpulkan mata ganjaran setelah menggunakan perkhidmatan penginapan. Mata ganjaran tersebut boleh ditebus melalui pelbagai bentuk, seperti baucar dan potongan harga bilik. |
referral code | kod rujukan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Gabungan unik antara nombor, huruf atau kedua-duanya yang diberikan kepada pengguna/pelanggan untuk dikongsikan dan digunakan oleh pengguna/pelanggan lain bagi mendapatkan ganjaran wang tunai atau diskaun semasa membuat pembelian barangan atau perkhidmatan tertentu. Pemilik kod rujukan akan mendapat ganjaran setiap kali kod tersebut digunakan. |
positive reinforcement | pengukuhan positif | Perubatan | Psikiatri | Ganjaran yang diberikan untuk menggalakkan sesuatu perbuatan atau tingkah laku yang baik. |
instrumental crime | jenayah berhabuan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Kesalahan bermotifkan ganjaran dalam bentuk kewangan, pangkat, harta dan kepentingan lain. Contohnya, pecah rumah, rompakan dan curi. |
development incentive | insentif pembangunan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Beberapa bentuk ganjaran yang ditawarkan oleh pihak berkuasa bagi menggalakkan pembangunan. |
instrumental murder | pembunuhan berhabuan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah kekerasan yang melibatkan pembunuhan bermotifkan ganjaran dalam bentuk kewangan, pangkat, harta dan kepentingan yang lain. |
poetic justice | keadilan puitis | Kesusasteraan | Tiada | Konsep moral dalam penulisan karya sastera yang memberikan ganjaran kepada kebaikan dan menerima hukuman untuk kejahatan. Keadilan puitis diwujudkan pertama kali oleh Thomas Rhymer pada tahun 1678. Konsep ini digunakan dalam drama pada kurun ke-17 dan ke-18. Kini, konsep ini digunakan secara meluas dalam semua bidang sastera, seni persembahan dan filem. |
volume incentive | insentif volum | Pelancongan | Tiada | Komisen tambahan yang ditawarkan oleh syarikat atau pengedar kepada wakil jualan sebagai ganjaran untuk meningkatkan jualan. |