Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganjil-ganjil

Peribahasa

Masuk tak genap,
     keluar tak ganjil.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
medianmedianKimiaKimia AnalisisNilai tengah daripada keputusan analisis yang disusun mengikut kenaikan magnitud. Apabila bilangan data dalam set pengukuran ganjil, median didapati secara terus tetapi apabila bilangan genap median adalah purata pasangan di tengah.
bamboo plywoodpapan lapis buluhBuluhTiadaPapan yang dihasilkan menggunakan gabungan lamina buluh yang direkatkan serta disusun secara berlapis sebelum dikenakan tekanan dan haba. Biasanya papan lapis buluh mempunyai jumlah lapisan lamina yang ganjil sama ada tiga, lima atau tujuh. Sinonim papan lapis bilah buluh dan lapis buluh.
cross laminated bamboo boardpapan buluh berlamina silangBuluhTiadaPapan yang dihasilkan daripada gabungan lapisan lamina buluh yang disusun secara bersilang, dan disapukan perekat serta disusun secara berlapis sebelum dikenakan tekanan. Biasanya, papan buluh berlamina silang mempunyai jumlah lapisan lamina yang ganjil, iaitu tiga, lima atau tujuh. Sinonim papan lapis buluh.
sensory deprivationdeprivasi deriaPsikologiTiadaProses untuk mengurangkan rangsangan sama ada untuk mengurangkan tekanan atau mengenakan dendaan. Pada tahap awal percubaan kaedah deprivasi deria, individu akan berasa tidak selesa sehingga tidak mampu bertahan seperti berada di bilik kedap rangsangan. Mereka yang terlibat akan melaporkan pelbagai imaginasi dan kejadian ganjil yang dialami. Walau bagaimanapun, apabila kaedah ini dikawal, individu akan menikmati keindahan tanpa rangsangan sehingga mampu berasa tenang. Oleh sebab otak memerlukan rangsangan dari semasa ke semasa, deprivasi deria secara berpanjangan boleh menjadi satu penyiksaan atau hukuman seperti yang dialami oleh tahanan perang.
gerrymandergerimanderSains PolitikPolitik PerbandinganPegawai atau individu yang terlibat dalam tindakan meminda atau merangka kawasan pilihan raya bagi kepentingan seseorang calon atau sesebuah parti. Pegawai ini diarahkan oleh pihak tertentu untuk melakukan pindaan kawasan yang akan memberikan kelebihan undi kepada pihak tersebut. Pindaan ini biasanya dilakukan untuk kepentingan pemimpin yang sedang berkuasa kerana beliau mempunyai autoriti terhadap badan yang mengendalikan pilihan raya. Kesan daripada tindakan pegawai tersebut akan menghasilkan kawasan yang ganjil bentuk sempadannya dan tidak seimbang dari segi jumlah pengundi antara kawasan tersebut dengan kawasan lain yang berdekatan. Istilah ini berasal dari Amerika Syarikat hasil tindakan Elbridge Gerry seorang Gabenor Massachusetts yang memulakan pindaan kawasan pilihan raya umuk kepentingan politiknya.
plywoodpapan lapisKesenianHiasan DalamanKepingan kayu yang memiliki beberapa lapis venir kayu nipis yang dimampatkan bersilang di antara satu lapisan dengan lapisan yang lain. Lapisan ini dicantumkan menggunakan bahan perekat. Terdapat juga lapisan yang digabungkan di antara venir kayu dengan lapisan papan zarah kayu. Bagi tujuan pembinaan yang khusus, setiap lapisan ira kayu disusun bertindih antara satu sama lain secara serenjang atau tegak lurus. Kayu keras yang digunakan adalah daripada spesies yang sama dan mempunyai ketebalan sekata. Biasanya, jumlah lapisan adalah ganjil.
gothic romancenovel gotikKesusasteraanTiadaNovel tentang tema seram dan suspens. Dalam sastera Barat, latar masa bagi fiksyen ini adalah pada zaman Medieval. Latar tempatnya pula berkisar tentang istana suram, kurungan bawah tanah dan sebagainya. Pengarang novel gotik menggunakan penjelmaan hantu dan kejadian ghaib untuk mengembangkan plot. Pengarang menimbulkan perasaan takut terhadap para pembacanya dengan mengeksploitasikan misteri, kekejaman, dan kejadian yang menggerunkan. Jenis fiksyen ini dipelopori oleh Horace Walpole dalam karyanya the Castle of Otranto. Kemudian, istilah novel gotik ini diperluaskan merangkumi fiksyen yang tidak menggunakan latar Medieval tetapi masih mengekalkan unsur seram, ghaib dan menggerunkan. Contoh seperti ini ditemui dalam karya Edgar Alan Poe dan Willain Faulkner. Sumbangan utama novel gotik terhadap dunia fiksyen adalah membuka ruang untuk pemaparan dimensi tidak rasional dan naluri ganjil yang hadir di sebalik tingkah laku watak yang kelihatan sopan dan bertamadun. Lihat juga gotik.

Kembali ke atas