Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.tang] | ݢنتاڠ

Definisi : 1. sukatan atau ukuran banyak yg sama dgn 4 cupak atau 4.54 liter (lazimnya utk beras); 2. alat utk menyukat (beras dll); melukut di tepi ~ prb perkara kecil yg tidak mendapat perhatian; mengisi ~ pesuk prb membuat pekerjaan yg tidak menguntungkan; secupak tak akan jadi se~ prb sesuatu yg tetap dan sukar diubah lagi; menggantang menyukat dgn gantang; ~ asap mengingini sesuatu yg sukar dicapai; ~ anak ayam prb membuat pekerjaan yg amat susah; penuh sudah bagai ~ prb cukup (benar-benar) penuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.tang] | ݢنتاڠ

Definisi : 1 unit sukatan yg besarnya empat cupak dan digunakan utk menyukat beras dll. 2 alat yg digunakan utk menyukat beras dll. menggantang menyukat dgn gantang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gantang

Puisi
 

Jangan diharap mengukus pulut,
     Pulut dikukus bergantang-gantang;
Jangan diharap kasih di mulut,
     Kasih pandai hilang datang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lemukut di tepi gantang.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak dihargakan sangat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الصاعgantangAgama IslamFiqhAlat untuk menyukat bijirin yang menentukan nisab zakat.
riba' fadlriba fadluPerniagaan IslamTiadaTambahan atau lebihan yang berlaku dalam pertukaran serentak pada salah satu daripada dua jenis produk ribawi yang sama jenis dan mempunyai ilat yang sama. Urus niaga ini dilakukan secara sistem barter, iaitu pertukaran produk dengan produk. Contohnya, pertukaran satu gantang beras berkualiti dengan satu setengah gantang beras yang kurang berkualiti. Lebihan setengah gantang beras itu dianggap riba fadlu. Penyelesaian riba ini adalah secara jual beli dengan menggunakan wang atau jual beli bahan ribawi yang memenuhi 3 syarat, iaitu persamaan sukatan atau timbangan, serah terima dalam majlis akad dan pertukaran tidak dibuat secara bertangguh.
أوسقawsuqAgama IslamFiqhSukatan Baghdad lima awsuq ialah had kadar sukatan bijian yang diwajibkan zakat bersamaan 380 gantang Malaysia.

Kembali ke atas