point of view | sudut pandangan | Kesusasteraan | Tiada | Cara seseorang pengarang menyampaikan cerita dalam karya yang dihasilkannya. Seseorang pengarang akan menentukan cara sesuatu idea, perwatakan, latar atau aksi yang terdapat dalam cerita untuk disampaikan kepada pembaca. Terdapat dua sudut pandangan yang utama, iaitu sudut pandangan pencerita pertama dan sudut pandangan pencerita ketiga. Dalam sudut pandangan pencerita pertama, pengarang terlibat sebagai salah seorang watak dalam cerita dengan menggunakan ganti nama diri �aku�. Sudut pandangan pencerita ketiga pula memperlihatkan kedudukan pengarang yang berada di luar cerita dan bertindak selaku pemerhati serba tahu terhadap keseluruhan perjalanan cerita tersebut. Lihat juga serba tahu terbatas, sudut pandangan serba tahu. |