Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = silih ~ wang dll sbg pengganti sesuatu yg rosak (hilang dll), pam­pas­­an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : wang atau barang utk silihan kerugian, pampasan; mengganti rugi memberikan sesuatu atau membuat bayaran utk mengatasi atau meluputkan kerugian yg dialami oleh seseorang dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : wang, barang dll yg diberikan utk menyilih kerugian orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rugi (adjektif)
Bersinonim dengan bankrap, muflis, tidak untung;,
Kata Terbitan : berugi, merugi, merugikan, kerugian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ta‘widganti rugiPerniagaan IslamTiadaPampasan kepada pihak tertentu disebabkan kerugian atau kerosakan harta. Contoh pampasan kerosakan seperti ganti rugi akibat kematian binatang ternakan, kebakaran premis perniagaan dan kerosakan produk jualan. Contoh pampasan kerugian pula seperti kes pengambilan tanah untuk kepentingan awam oleh kerajaan. Tanggungan ganti rugi dibebankan terhadap semua tanpa tertakluk kepada khitab taklif, iaitu tanpa mengira individu itu mukallaf atau tidak, seperti kanak-kanak, orang gila atau mabuk demi menjaga kehormatan harta milik orang lain.
العوضganti rugiAgama IslamFiqhBayaran ganti rugi terhadap pihak yang menanggung kerugian dalam urusan kekeluargaan.
العوضganti rugiAgama IslamFiqhBayaran ganti rugi terhadap pihak yang menanggung kerugian dalam urusan kekeluargaan.
compensation systemsistem pampasanPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah, cara atau tindakan yang diambil oleh organisasi untuk membayar ganti rugi atau imbuhan kesan daripada berlakunya sesuatu kejadian atau peristiwa luar jangka. Secara umumnya sistem pampasan ini berbentuk ganti rugi material untuk mengurangkan bebanan pihak yang mengalami kerugian dan kemalangan. Sistem pampasan ini menjadi kewajipan kepada sesebuah organisasi untuk dilaksanakan kerana termaktub dalam peraturan dan undang-undang kerajaan. Kaedah ini terpakai secara automatik dalam konteks pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja kerana penstrukturan semula organisasi atau penggabungan organisasi. Terdapat skim pampasan tertentu seperti Skim Pampasan Pekerja Asing yang bertujuan untuk melindungi pekerja asing akibat kemalangan di tempat kerja yang menyebabkan kematian atau hilang upaya kekal.

daman ghasbjaminan rampasanPerniagaan IslamTiadaJaminan untuk membayar ganti rugi terhadap kerosakan atau kehilangan barang yang diambil tanpa izin atau tanpa melalui proses yang sah. Contohnya, daman ghasb dalam kes penipuan jenayah kolar putih, kecurian atau merampas hak orang lain. Daman ghasb mewajibkan pihak yang melakukan jenayah membayar ganti rugi.
damagesganti rugiKejuruteraanTiadaTiada
indemnityganti rugiGeografiTiadaTiada
damagesganti rugiUndang-undangTiadaTiada
التعويضganti rugiAgama IslamFiqhPembayaran yang dibuat kepada pihak yang menanggung kerugian sama ada berbentuk barangan atau manfaat.
الغرمganti rugiAgama IslamFiqhBayaran kepada pihak yang menanggung kerugian dalam urusan mu’amalat.
12345678910...

Kembali ke atas