salinity | kemasinan | Sains Marin | Tiada | Ukuran jumlah garam terlarut di dalam jasad air yang diukur dalam unit kemasinan praktikal (PSU). Kandungan utama garam di lautan terdiri daripada natrium (Na) dan klorin (Cl) yang merangkumi 85.7% garam terlarut. Komponen lain air laut ialah magnesium (Mg), kalsium (Ca), kalium (K) dan sulfat (SO4). |
salt marsh | rawang garam | Sains Marin | Tiada | Ekosistem pesisir di zon atas kawasan pasang surut pesisir di antara daratan dan air laut terbuka atau air payau. Kawasan ini sentiasa digenangi air ketika arus pasang. Ekosistem rawang garam didominasi oleh tumbuhan yang tahan masin seperti pokok herba, rumput dan tumbuhan renek. Kehadiran tumbuhan daratan penting untuk kestabilan rawang garam kerana memerangkap dan mengikat sedimen. Rawang garam memainkan peranan yang utama dalam jaringan makanan akuatik dan penyebaran nutrien ke perairan pesisir selain memberi perlindungan kepada pantai. |
molten salt | garam lebur | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Garam yang telah dipanaskan pada suhu yang cukup tinggi untuk berubah daripada pepejal kepada cecair. Lihat juga molten salt reactor (MSR). |
salt substitutes | substitut/gantian garam | Sains Kesihatan | Tiada | Garam yang mengandungi potasium klorida, kalsium klorida, dan amonium klorida. |
molten salt reactor (MSR) | reaktor garam lebur | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Reaktor nuklear pembiak yang menggunakan garam lebur sebagai bahan penyejuk teras. |
sodium-cooled fast reactor (SFR) | reaktor cepat sejukan garam | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Reaktor cepat yang menggunakan garam lebur sebagai bahan penyejuk teras. |
salt bridge | titian garam | Kimia | Kimia Analisis | Tiub yang lazimnya berbentuk U yang menyambung elektrod rujukan dan penunjuk yang terpisah dalam sel elektrokimia. Sebagai contoh titian garam mengandungi larutan kalium klorida tepu yang membenarkan ion-ion melaluinya tetapi menahan larutan daripada bercampur. |
glutamate | glutamat | Fizik | Nanoteknologi | Garam atau ester daripada asid glutamik, yang terdapat dalam jumlah yang banyak sebagai pemancar neuro dalam sistem saraf mamalia. Garam ini biasanya mempunyai berat molekul 147.13 gmol-1 dan bersaiz 0.70 nm. |
reference electrode | elektrod rujukan | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod yang mempunyai keupayaan malar dan diketahui nilainya, dan tidak dipengaruhi oleh larutan ujian. Ia mengandungi komponen sel setengah dalaman, elektrolit titian garam, dan satu saluran kecil di hujung elektrod yang dialiri oleh elektrolit titian garam. bd. elektrod kalomel. |
salt bridge | titi garam | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |