desire line | garis tuju | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Garisan yang dilukis antara pasangan zon trafik yang menunjukkan trip antara zon-zon tersebut. Biasanya lebar garisan berpadanan dengan jumlah isi padu trafik berkenaan. |
resolving power | kuasa meresolusi | Kimia | Kimia Analisis | Keupayaan spektrometer untuk memisahkan garis spektrum isyarat. Keupayaan ini ditentukan oleh saiz dan ciri penyerakan prisma atau parutan sistem optik dan lebar celahan monokromator. Ia juga dikenali sebagai resolusi sahaja. |