basic guideline | garis panduan asas | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Dokumen khas yang menjadi rujukan utama setiap anggota organisasi dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab. Garis panduan asas ini menjelaskan secara sistematik susunan cara bekerja, senarai tugas yang perlu dilaksanakan, fungsi dan objektif jabatan serta prosedur atau tugas yang dipertanggungjawabkan. Garis panduan asas ini penting dalam memastikan setiap anggota organisasi tidak tersasar daripada kerja yang diamanahkan. Contoh garis panduan asas dalam pentadbiran awam di Malaysia ialah Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK). |
appeals procedure | tatacara rayuan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Garis panduan, cara atau prosedur terperinci yang menjelaskan tentang tindakan pengendalian sesuatu urusan rayuan. Tatacara rayuan direka bentuk dengan sistematik bagi melicinkan hal ehwal rayuan agar segala peraturan dan proses dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan sempurna. Selain itu, garis panduan ini memberi ruang yang adil dan saksama kepada setiap perayu. Walau bagaimanapun mereka harus menunggu giliran sebelum setiap rayuan itu diketengahkan. Dalam konteks ini setiap jabatan mempunyai tatacara rayuan yang tersendiri, misalnya tatacara rayuan di Mahkamah Rayuan berbeza dengan tatacara rayuan di Jabatan Kebajikan Masyarakat. |
administrative procedure | tatacara pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Garis panduan, cara atau peraturan terperinci yang menjelaskan tindakan dalam mengendalikan dan menyelesaikan tugas pentadbiran. Tatacara pentadbiran diwujudkan bagi memastikan kelancaran dalam pengurusan organisasi, membantu pekerja ke arah pencapaian matlamat, menangani permasalahan dan kekeliruan dalam hal ehwal pentadbiran. Garis panduan ini biasanya dilampirkan sebagai manual pekerja untuk memudahkan kakitangan baru membuat rujukan dalam urusan pentadbiran organisasi. Contoh prosedur pentadbiran ialah dalam konteks kenaikan pangkat. Tatacara pentadbiran perlu dipatuhi bermula dengan peringkat permohonan, temuduga, tapisan, pengesahan dan pelantikan. Sinonim prosedur pentadbiran. |
code of ethic | kod etika | Pengurusan | Perancangan | Suatu garis panduan lazimnya secara bertulis, yang ditetapkan oleh pengurusan organisasi sebagai rujukan untuk pekerja melaksanakan tindakan dan menunjukkan perilaku yang berlandaskan nilai baik dan beretika. Tujuan kod etika digariskan adalah untuk memelihara imej baik organisasi dari sudut pemerhatian pelanggan dan pihak berkepentingan. Kod etika yang berbeza antara organisasi bergantung pada visi dan misi serta budaya yang ingin diterapkan. Garis panduan kod etika juga diguna pakai dalam perlakuan profesional sesuatu bidang tugas seperti kewartawanan, perundangan dan kedoktoran. Contoh kod etika bagi pengamal perubatan adalah mengutamakan kepentingan dan keselamatan pesakit berbanding dengan kepentingan peribadi atau keuntungan semata-mata. Lihat juga tanggungjawab etika. |
corporate governance | tadbir urus korporat | Pengurusan | Perancangan | Suatu garis panduan kerja dan peraturan yang mengawal peri laku pengurusan atasan dan ahli lembaga pengarah sesebuah organisasi. Penekanan utama tadbir urus korporat ialah kebertanggungjawaban, keadilan dan ketelusan. Tujuan utama pemantauan melalui tadbir urus korporat adalah untuk melindungi pihak berkepentingan seperti pelabur, pemegang saham, pekerja, pelanggan dan kerajaan. Contoh perincian dalam garis panduan ini ialah butiran kontrak dengan ahli lembaga pengarah, termasuk peranan dan tanggung jawab, hak dan ganjaran serta prosedur penyelesaian konflik dengan pihak yang berkepentingan. |
tax-based income policy | dasar pendapatan asas cukai | Ekonomi | Tiada | Dasar pendapatan yang menyediakan insentif cukai kepada pihak pengurusan dan pekerja yang mematuhi garis panduan upah dan kerja yang dibentuk oleh kerajaan. Mengikut dasar ini, kenaikan upah dan harga yang melebihi kadar yang dinyatakan dalam garis panduan akan dikenakan cukai dengan kadar yang tinggi. Oleh itu, firma dan kesatuan sekerja masing-masing tidak mempunyai insentif untuk menuntut kenaikan harga dan upah yang berlebihan. |
guideline | garis panduan | Perubatan | Tiada | Tiada |
guideline | garis panduan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
lending guideline | garis panduan pemberian pinjaman | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
guide line | garis panduan | Komunikasi | Tiada | Petunjuk yang dijadikan sebagai dasar yang perlu diikuti semasa melaksanakan sesuatu perkara. |