Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tanda yg halus panjang pd sesuatu permukaan yg tidak ada tebalnya dan lebarnya, garis: beberapa ~ berwarna hijau terdapat pd kertas itu; 2. coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan, garis: dia menendang bola itu keluar ~; 3. barisan kubu utk bertahan, deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai, garis: pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ musuh;~ bujur (Geog) garis di peta dr kutub utara sampai ke kutub selatan; ~ lintang (Geog) garis di peta yg selari dgn khatulistiwa;~ penamat garis yg menandakan tempat berakhirnya perlumbaan; ~ pusat garis pusat; ~ rentas garis rentas; ~ sejajar = ~ selari dua garis yg sama jarak antaranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : barisan kubu utk bertahan; deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai: Pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ pertahanan musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan: Dia menendang bola itu keluar ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : tanda yg halus panjang tetapi tidak ada tebalnya atau lebarnya; coret panjang yg lurus, bengkok atau lain-lain: ~ dr A ke B hendaklah dipanjangkan hingga ke C. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garisan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
base linegarisan asasKesenianHiasan DalamanGarisan melintang yang paling bawah dalam lukisan seni bina. Garisan ini menandakan asas lukisan atau reka bentuk yang terbawah. Contohnya, dalam lukisan perspektif, garisan ini menandakan atau membayangkan satah gambar di atas aras tanah. Dalam bidang kejuruteraan dan ukur tanah pula, garisan asas merupakan garisan pertama yang menandakan lokasi dan ukuran sebagai asas atau dasar. Garisan asas ini akan menentukan garisan-garisan, sudut dan jarak lain yang tercatat atau telah diprogramkan dalam bidang ukur tanah, atau sebidang tanah pada peta atau pelan.
relative angular positionposisi bersudut relatifSains SukanBiomekanikOrientasi satu garisan relatif kepada garisan yang lain atau satah yang mungkin tidak berubah yang diwakili oleh unit darjah atau radian.
axial planpelan paksianKesenianHiasan DalamanPelan ruang yang dibuat berasaskan garisan paksi atau garisan bujur.
isobathisobatSains MarinTiadaGarisan pada graf, plot atau peta yang menghubungkan tempat yang mempunyai kedalaman yang sama. Isobat menunjukkan kedalaman laut, iaitu garisan pada peta lautan yang bersambung dengan titik-titik pada kedalaman yang sama. Garisan ini penting terutamanya dalam mengendalikan aktiviti perikanan yang menggunakan pukat tunda, rawai atau bubu. Contohnya, semasa pengendalian pukat tunda, garisan ini menentukan kepanjangan tali tunda yang diperlukan.
Q anglesudut QSains SukanBiomekanikJajaran sudut di antara femur dengan tibia. Sudut ini diukur daripada garisan tengah bahagian patela ke bahagian spina ilium superior anterior, dan garisan tuberositi tibia ke bahagian garisan tengah patela. Sudut Q juga dikenali sebagai sudut kuadriseps.
leadingleding-TiadaJarak antara garisan dasar teks di atas dengan garisan dasar teks di bawah.
desire linegaris tujuPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaGarisan yang dilukis antara pasangan zon trafik yang menunjukkan trip antara zon-zon tersebut. Biasanya lebar garisan berpadanan dengan jumlah isi padu trafik berkenaan.
boundary linegaris sempadan; garis tepi (Bola Tampar)Undang-undangTiada1. Garisan atau benda yang menunjukkan had atau pinggir sebidang tanah atau kawasan atau wilayah.,2. Garisan pembahagi atau pemisah di antara negara, negeri, daerah atau wilayah atau tanah.
alignmentpenjajaran; pembarisan; selarianPentadbiran PerniagaanTiada1. Penjajaran: Kesesuaian sebenar dalam satu bentuk garisan lurus pada bahagian atas dan bawah surat-surat dan huruf-huruf dalam satu fon. 2. Pembarisan: Susunan taip dalam satu garisan lurus. 3. Selarian: Kedudukan garis taip supaya bahagian akhir kelihatan sama pada bahagian margin.
parallel linegarisan selariFizikTiadaTiada
12345

Kembali ke atas