Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gas] | ݢس

Definisi : 1. bahan spt udara, bukan cecair dan bukan pepejal; 2. gas yg dikeluarkan drpd batu arang dan mudah terbakar; kilang ~ kilang yg mengeluarkan gas drpd arang; 3. wap minyak benzin (petrol); lampu ~ lampu yg memakai gas utk nyalanya; ~ adi = ~ lengai = ~ nadir (Kim) kumpulan gas (helium, neon, argon, kripton, xenon, dan radon) yg tidak reaktif dan sangat stabil dr segi kimia; ~ air mata = ~ pemedih mata gas yg menyebabkan mata pedih dan berair, biasanya digunakan utk mengawal rusuhan; ~ asli gas yg diperoleh dr kerak bumi; ~ ketawa sj gas (nitrus oksida) yg digunakan sbg ubat pelali; ~ petroleum cecair (Kim) gas butana atau propana yg dicecairkan secara tekanan dan disimpan di dlm tabung gas; ~ sahih = ~ tak sempurna (Kim) gas yg mempunyai saiz tertentu dan terdapat daya tarikan di antara molekul-molekulnya, iaitu gas yg tidak menunjukkan sifat gas unggul; ~ sempurna = ~ unggul (Kim) gas hipotesis yg molekul­molekulnya dianggap terlalu kecil, bergerak secara rawak, dan tidak mempengaruhi satu sama lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gas] | ݢس

Definisi : 1 zat spt udara yg tidak menjadi cair atau beku pd suhu biasa. 2 = ~ arang batu zat atau campuran zat yg bersifat spt udara yg mudah terbakar, biasanya diperoleh drpd arang batu dan digunakan sbg bahan api. ~ asli (jati) gas yg wujud bersama enapan petroleum (di bawah permukaan bumi). ~ ekzos gas yg keluar dr enjin pembakaran dalam (melalui ekzos). ~ lengai gas yg tidak aktif (dr segi kimia spt argon dan neon). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
effusionefusiKimiaKimia AnalisisPengeluaran gas di bawah tekanan melalui suatu bukaan. Kadar pengeluaran ini (efusi) berkadar terus kepada luas bukaan itu. Kadar efusi relatif gas-gas adalah berkadar songsang kepada punca ganda dua berat molekul masing-masing. Asas ini digunakan secara amalinya untuk menyelidik tekanan wap rendah dan berat molekul gas-gas. Alatan yang digunakan untuk tujuan ini disebut Knudsen.
exhaust gasgas ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinGas terbakar dan tidak terbakar yang tinggal selepas proses pembakaran dalam silinder enjin. Kandungan gas ini merangkumi pancaran ekzos yang berbahaya dan gas yang tidak berbahaya seperti oksigen berlebihan dan wap air. Komposisi sebenar gas ini bergantung kepada jenis bahan api, nisbah udara dan bahan api, suhu dan keadaan kebuk pembakaran, serta parameter operasi enjin seperti pemasaan injap dan pencucuhan. Lihat juga pancaran ekzos.
exhaust-gas analyserpenganalisis gas ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinPeralatan yang digunakan untuk mengukur jumlah bahan pencemar yang terdapat dalam gas ekzos yang dihasilkan oleh enjin. Terdapat beberapa jenis peralatan bergantung pada bilangan bahan pencemar yang diukur. Contohnya, penganalisis jenis dua gas boleh mengukur kandungan gas hidrokarbon dan karbon monoksida, manakala penganalisis jenis empat gas boleh mengukur gas hidrokarbon dan karbon monoksida bersama- sama dengan gas oksigen dan karbon dioksida. Terdapat juga penganalisis gas ekzos yang berkeupayaan lebih tinggi yang boleh mengukur gas lain seperti nitrogen oksida. Komposisi gas karbon monoksida, karbon dioksida dan oksigen biasanya dibaca dalam kiraan peratus, manakala gas hidrokarbon dan nitrogen oksida dibaca dalam unit bahagian per juta (ppm).
effusiometerefusiometerKimiaKimia AnalisisAlatan yang digunakan untuk menentukan berat molekul gas-gas daripada pengukuran efusi.
carrier gasgas pembawaKimiaKimia AnalisisGas yang berfungsi sebagai fasa gerak dalam teknik kromatografi gas. Contohnya helium, argon, dan nitrogen.
permanent gasgas tetapKimiaKimia AnalisisGas yang mempunyai suhu genting di bawah suhu bilik dan gas ini didapati mustahil untuk dicairkan dengan tekanan sahaja.
greenhouse gasgas rumah hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauGas atmosfera yang menyerap inframerah dan memancarkan haba ke persekitarannya. Gas ini terdiri daripada wap air, karbon dioksida, metana, nitrus oksida dan ozon.
gas electrodeelektrod gasKimiaKimia AnalisisElektrod yang terdiri daripada gas yang bersentuhan dengan larutan yang mengandungi ion gas tersebut dan biasanya dalam kehadiran logam lengai seperti platinum. Contohnya gas hidrogen yang bersentuhan dengan larutan yang mengandungi ion H+ di permukaan logam platinum.
intermittent gas liftangkat gas terputus-putusKejuruteraanTiadaSinonim: angkat gas aliran terputus-putus. Salah satu kaedah angkat gas. Dalam Kaedah ini sejumlah kecil isi padu gas yang bertekanan tinggi disuntikkan ke dalam tetiub dalam jangka masa tertentu dan kemudian dihentikan. Setelah beberapa lama, dilakukan suntikan sekali lagi. Begitulah proses penyuntikan diulangi sesuai dengan perulangan yang dikehendaki yang bergantung kepada kedalaman lubang telaga atau titik suntikan dan isi padu bendalir yang ingin diangkat dari dasar lubang telaga ke permukaan.
gas chromatography mass spectrometrykromatografi gas spektrometri jisimHerbaPemiawaianKaedah kromatografi yang berasaskan gas sebagai fasa gerak. Terdapat dua jenis kromatografi gas bergantung pada fasa pegun yang digunakan, iaitu kromatografi gas-pepejal dan kromatografi gas-cecair. Pengesan yang digunakan mengesan signal berasaskan profil berat fragmen molekul yang terion. Kaedah ini digunakan untuk menentukan profil minyak pati dalam ekstrak serai wangi (Cymbopogon nardus).
12345678910...

Kembali ke atas