peptic ulcer | ulser peptik | Kejururawatan | Tiada | Luka atau hakisan tisu yang terbentuk di lapisan membran mukosa disebabkan oleh ketidakseimbangan mukus gaster dan asid gaster yang seterusnya menyebabkan enzim pepsin menghakis mukosa. Biasanya lokasi berlakunya luka atau hakisan tisu ini adalah di gaster dan duodenum. |
gastric emptying | pengosongan gaster | Sains Kesihatan | Tiada | Proses pengosongan gaster. |
gastric emptying time | tempoh kosong gaster | Sains Kesihatan | Tiada | Tempoh masa kandungan dalam gaster dikeluarkan ke usus. |
vomitus | muntahan | Kejururawatan | Tiada | Kandungan gaster yang dikeluarkan semasa muntah. |
gastrointestinal motility | motiliti gastrousus | Sains Kesihatan | Tiada | Pergerakan gaster dan usus. |
gastritis | gastritis | Kejururawatan | Tiada | Keadaan inflamasi pada lapisan gaster. Ia mungkin disebabkan oleh kerengsaan setempat, pemakanan, serangan bakteria, radiasi dan tekanan emosi. Ciri klinikalnya ialah sakit di epigastrium, loya dan muntah, dan terasa kenyang. |
vomiting | muntah | Kejururawatan | Tiada | Tindakan refleks yang mengeluarkan kandungan gaster melalui mulut. Muntah dikawal oleh pusat muntah yang terletak di medula oblongata. |
acute gastritis | gastritis akut | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi akut pada gaster yang dicirikan oleh kesakitan pada epigastrik, loya, muntah, dan demam. |
esophageal reflux | refluks esofagus | Sains Kesihatan | Tiada | Pengaliran keluar kandungan gaster yang berasid ke esofagus. |
regurgitation | regurgitasi | Kejururawatan | Tiada | Perihal memuntahkan bahan-bahan yang belum tercerna dari gaster ke mulut. |