Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan, laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~ hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu, langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok, rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~; 7. daya (utk bergerak, bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk, muslihat, tipu; ~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ bebas gaya berenang yg membolehkan perenang mengĀ­gunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang; ~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb); ~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara mengarang; ~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok; gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;menggaya melagak: ia ~ pula di depan cermin; menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa);penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru; pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~ bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sikap yg dpt dilihat drpd gerak-geri atau tingkah laku seseorang: Dia mempunyai ~ orang-orang besar. ~nya spt orang tua-tua, walaupun usianya masih muda. 2 cara melakukan sesuatu: Guru itu sedang menunjukkan ~ melompat yg baik kpd murid-muridnya. 3 cara atau rupa yg khusus mengenai sesuatu: Kebanyakan rumah di sana dibina menurut ~ Minangkabau. ~ bahasa cara penggunaan bahasa. 4 irama dan lagu dlm nyanyian dan muzik: Nyanyiannya mengikut ~ lagu Hindustan. 5 kesanggupan utk bergerak atau utk berbuat sesuatu; daya; tenaga: Sungguhpun sudah tua, tetapi masih kuat ~nya. ~ berat kuasa tarikan bumi. bergaya 1 kelihatan segak atau elok; sedap dipandang: Gadis yg berbaju kurung labuh dan berkain songket merah itu sungguh ~. 2 menunjukkan lagak; berlagak: Orang benci kpdnya kerana dia suka ~ spt orang-orang kaya. 3 ada kekuatannya; bertenaga: Sejak didatangi penyakit lumpuh tempoh hari, dia tidak ~ lagi. menggayakan 1 menunjukkan gaya menggunakan atau membuat sesuatu; membuat sesuatu supaya diketahui orang caranya: Pemuda itu ~ cara dia dpt menangkap pencuri itu. 2 membuat atau membuat-buat supaya kelihatan elok: Kalau hendak pergi ke parti, berjam-jam dia ~ dirinya di hadapan cermin. 3 memperlihatkan rupa atau bentuk sesuatu; memperagakan: Di majlis itu juga, beberapa orang peragawati telah ~ beberapa jenis pakaian moden. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaya

Puisi
 

Hanyut rakit dadan apia,
     Dampar di pantai dimakan buaya;
Makansedikit tidak mengapa,
     Asalkan boleh membawa gaya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lenggang patah sembilan.

Bermaksud :

Gaya langkah yang lemah-lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Lenggang lenggok bagai cupak hanyut).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stylegayaKesusasteraanTiadaCara ekspresi linguistik dalam prosa atau lirik, iaitu cara penulis menulis sesuatu atau cara individu bercakap memperkatakan sesuatu. Gaya sesebuah karya boleh dikaji melalui ciri diksi atau pilihan bahasanya, iaitu struktur ayat dan sintaksis, jenis peribahasa, corak rima, komponen bunyi, ciri-ciri bahasa, tujuan dan alat retoriknya. Menurut teori tradisional retorik, klasifikasi gaya terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu gaya tinggi, pertengahan, dan rendah. Doktrin ketertiban diperlukan untuk memastikan peringkat gaya bagi sesuatu karya tersebut bersesuaian dengan kelas sosial pengucapnya, serta situasi dan martabat genre sastera. Northrop Frye, seorang pengkritik memperkenalkan perbezaan asas antara dua gaya, iaitu gaya demonik dan gaya hiratik. Gaya demonik dibentuk melalui bahasa, rima, dan asosiasi percakapan seharian, manakala gaya hiratik menggunakan beberapa elaborasi formal untuk memisahkan antara bahasa sastera dengan percakapan seharian. Bagi kedua-dua kelas ini, Frye telah mengenal pasti peringkatnya, iaitu peringkat tinggi, pertengahan, dan rendah.
gaya Dewangaya Dewan-TiadaGaya penulisan dan penerbitan yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Elizabeth stylegaya ElizabethKesenianHiasan DalamanGaya perabot dengan ukiran pada zaman Renaissance di Itali. Gaya ini dihasilkan pada zaman pemerintahan Elizabeth, bermula dari tahun 1558 hingga tahun 1603. Gaya Elizabeth ditandai dengan rupa bentuk kabinet yang bersaiz besar, terbonjol, kekisi berpintal dan gadrun. Gaya khas era ini ialah bentuk hiasan atas seperti puncak tiang atau tongkat yang mengandungi ukiran kepala manusia. Motif dekoratif yang digunakan terdiri daripada daun akantus, kariatid, skrol, anyaman bertali dan topeng. Bilik utama biasanya dihiasi dengan panel dinding yang diperbuat daripada kayu oak, lepa siling dengan hiasan timbul dan pendiang dengan hiasan terperinci.
enjambementsambung barisKesusasteraanPuisiGaya bahasa atau gaya pengucapan puisi yang mematahkan atau memutuskan baris-baris puisi dan disambungkan pada baris berikutnya. Sifat gaya bahasa demikian biasanya menggunakan tanda noktah di tengah baris dan barisnya tidak tengkap maknanya. Contohnya, petikan dari puisi "Bunga Bulan" karya Suhaimi Haji Muhammad. Ini sekalung bunga untukmu. Bukalah matamu tundukkan lehermu kau takkan layu-layu. Manusia di bawah batu kami usap lukamu tapi cemburu dan seruan kini buat kami. Tidak untukmu.
grand styleadigayaKesusasteraanTiadaGaya penulisan bersifat tinggi dan hebat. Gaya penulisan ini biasanya ditemui dalam karya epik. Berdasarkan prinsip dekorum (tertib), gaya penulisan harus sesuai dengan isi, genre, perwatakan dan situasi atau babak. Justeru, gaya tinggi dan hebat ini dianggap sesuai untuk genre epik yang mengisahkan kebaktian yang bersifat kewiraan dan percintaan agung. Gaya ini dicirikan oleh teknik retorik yang menggugah perasaan atau teknik hiperbola dengan pemerian yang panjang lebar dan berlebih-lebihan. Gaya tinggi ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan semangat khalayak. Contoh adigaya ditemui dalam Hikayat Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai. Lihat juga hiperbola.
period stylegaya zamanKesenianHiasan DalamanPerabot yang memiliki gaya istimewa atau sifat tertentu yang dihasilkan pada suatu era sejarah atau di bawah sesebuah pemerintahan monarki, atau oleh pusat pengajian reka bentuk tertentu. Arus gaya reka bentuk dalaman berubah disebabkan gaya hidup, politik, pengaruh iklim, bahan, moral, agama dan kedudukan ekonomi. Gaya juga turut bertukar kerana dipengaruhi oleh individu, keperluan asas penghiasan rumah, perkembangan teknologi dan seterusnya penciptaan yang lebih saintifik.
Kafkaesquegaya KafkaKesusasteraanTiadaGaya, nada, dan sikap watak yang terdapat dalam penulisan Franz Kafka. Secara umumnya, gaya Kafka melahirkan suasana igauan yang menakutkan, seolah-olah wujud kuasa kejam yang mengawal dunia igauan tersebut. Antara tema yang dipaparkan dalam penulisan Kafka ialah kehilangan identiti, pembangkitan rasa takut dan bersalah, serta penipuan pihak berkuasa yang menghalalkan kejahatan, seolah-olah hal tersebut merupakan suatu perkara yang wajar. Novel Kafka yang jelas mencerminkan ciri-ciri ini ialah The Trial (1925) dan The Castle (1926).
burlesqueburlesqueKesusasteraanTiadaGaya penulisan atau persembahan yang meniru suatu gaya penulisan atau persembahan yang lain dengan tujuan mempersendakannya. Ada dua jenis burlesque iaitu burlesque tinggi dan rendah. Ciri utama kedua-dua burlesque iaitu burlesque tinggi dan rendah. Ciri utama kedua-dua burlesque ini ialah ketidakserasian antara isi dengan gaya. Burlesque tinggi memaparkan perkara remeh-temah dengan menggunakan gaya tinggi dan halus. Contoh burlesque tinggi dalam persembahan drama ialah The Rehearsal oleh George Viliers, sementara contoh dalam penulisan ialah The Rape of the Lock oleh Alexandera Pope. Burlesque rendah pula memaparkan perkara yang serius dengan gaya yang kasar dan sambil lewa. Contoh burlesque rendah dalam pementasan drama muzikal ialah Springtime for Hitler yang dirancang untuk filem Mel Brooks bertajuk The Producers. Contoh dalam penulisan novel ialah Nightmare Abbey oleh Thomas L. Peacock yang mempersendakan gaya novel gotik. Lihat juga novel gotik.
Dutch colonial stylegaya kolonial BelandaKesenianHiasan DalamanGaya perabot yang boleh dikenal pasti melalui unsur papan cantik yang tergantung dan berbentuk atap gambrel. Gaya ini terkenal pada abad ke-17, di kawasan penempatan Belanda di Amerika Utara.
impresionismimpresionismeKesusasteraanTiadaGaya penulisan sastera atau persepsi penulis yang dipaparkan dengan jelas pada plot dan watak dalam cerita. Gaya ini mula mendapat perhatian dan berpengaruh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Setiap lakaran penulis dibuat dengan terperinci, terutamanya apabila penulis ingin menggambarkan sesuatu watak di sesuatu tempat dan masa. Lakaran terperinci ini amat berbeza berbanding dengan gambaran objektif seseorang pemerhti yang kurang berminat dengan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Impresionisme dipinjamkan daripada dunia seni lukisan yang merujuk kepada suatu gaya melukis yang mula berpengaruh di Perancis pada pertengahan abad ke-19. Antara pelukis Barat yang terkenal mengamalkan gaya ini ialah Edouard Manet, Claude Monet, Edgar Degas dan Pierre Auguste Renoir. Ciri ketara dalam lukisan mereka ialah gaya mewujudkan sesuatu kesan ke atas benda lain, seperti memberikan penekanan kepada kesan cahaya ke atas objek yang dilukis. Hasilnya ialah suatu seni lukisan yang amat berbeza daripada lukisan yang dibuat dari sudut pandangan yang objektif. Fiksyen impresionistik bermula sebagai reaksi segolongan penulis ke atas gambaran kaku dan objektif dalam karya penulis naturalistik. Penekanan penulis naturalistik adalah melaui gambaran pengalaman yang dilalui oleh ahli masyarakat yang dilihat dari sudut yang objektif dan bukannya pengalaman individu yang lebih subjektif. Gaya impresionistik membebaskan penulis untuk membuat suatu gambaran terperinci terhadap watak dalam cerita sehingga berupaya memberikan penelitian mengenai pembentukan psikologi watak tersebut. Penulis Barat yang terkenal menggunakan gaya impresionistik ialah Joseph Conrad, Henry James dan Virginia Woolf.
12345678910...

Kembali ke atas