camshaft gear | gear aci sesondol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gegancu yang dipasang pada hujung aei sesondol dan dipacu oleh gear aci engkol. Gear ini juga digerakkan mengikut pemasaan enjin. Nisbah gear untuk gear aci engkol dan aci sesondol ialah 1:2. Lihat juga gear aci engkol. |
crankshaft gear | gear aci engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gegancu yang dipasang pada hujung aci engkol dan berfungsi untuk memacu gear atau gegancu pada aci sesondol. Nisbah gear di antara gear aci engkol dengan gear aci sesondol ialah 2:1 yang menghasilkan laju putaran aci sesondol dua kali ganda berbanding laju putaran aci engkol. Kedua-dua gear atau gegancu ini dihubungkan menggunakan tali sawat atau rantai. Lihat juga gear aci sesondol. |
flywheel ring gear | gear gelang roda tenaga | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gear yang mengelilingi roda tenaga. Gigi gear ini bersirat dengan gigi gear pada motor pengengkol semasa hendak menghidupkan atau mengengkol enjin. |
planetary gear system | sistem gear planet | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Set gear yang terdiri daripada gear suria sebagai pusat dengan dua atau lebih gear pinan. |
sun gear | gear suria | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gear tengah yang terdapat dalam sistem gear planet, yang akan menyirat dengan bahagian pinan planet. |
timing gear | gear pemasaan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gear pada aci engkol yang bersirat dengan gear pada aci sesondol bagi membuka rangkaian injap. |
helical gear | gear heliks | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gear yang mempunyai gigi yang condong daripada garis tengah gear. |
internal gear | gear dalam | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gear yang mempunyai susunan gigi mengarah ke pusat lubang gear. |
spur gear | gear taji | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gear yang mempunyai gigi yang selari dengan garis tengah gear. |
crankshaft gear | gear aci engkol | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gear yang dipasang pada aci engkol untuk memacu gear aci sesondol. |