limerick | limerik | Kesusasteraan | Tiada | Puisi lucu dan nakal yang memerihalkan gelagat manusia dan keadaan tempat. Rangkap beritma puisi ini ialah lima baris, iaitu a,a,b,b, a dengan dua tekanan suku kata pada baris ketiga dan keempat, dan tiga tekanan di baris yang lain. Contoh limerik terdapat dalam buku Book of Nonsense oleh edward Lear. Antara penulis terkenal yang menulis puisi ini ialah Tennyson, Swinburne dan Kipling. Limerik mula diperkenalkan pada tahun 1820-an. Contoh sebuah limetrik adalah seperti yang berikut: The was an Old Man with a beard, Who said, �It is jus as I feared! Four Larks and a Wren, Tho Owls and a Hen, Have all built their nests in my beard!� |
economics | ekonomi | Ekonomi | Tiada | 1. Ilmu sains sosial yang mengkaji gelagat atau perlakuan manusia dalam memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad, yang bersaing antara satu sama lain. Mengikut P.A. Samuelson, ekonomi merupakan satu kajian tentang bagaimana individu atau masyarakat memilih, sama ada dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad, yang mungkin mempunyai alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan penggunaan masa depan (tabungan), kepada pelbagai manusia dan kumpulan dalam masyarakat. 2. Kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan barang atau perkhidmatan. |
firefly algorithm | algoritma kunang-kunang | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis algoritma meta-heuristik yang dicadangkan oleh Xin-She Yang dan inspirasi daripada gelagat kelip-kelip yang berkelip. |
neoclassical economics | ekonomi neoklasik | Ekonomi | Tiada | Kajian ekonomi yang menentukan peletakan harga berdasarkan pendekatan utiliti sut dan daya pengeluaran sut dalam pasaran persaingan. Analisis ekonomi neoklasik tertumpu pada gelagat unit-unit individu ekonomi, sama ada pengguna atau firma, dan bagaimana keputusan yang dibuat oleh unit-unit ini mempengaruhi pasaran. Dalam analisis tersebut, pengaruh institusi sama ada dari segi politik atau sosial, selalunya diabaikan. Lihat juga mazhab neoklasik. |
satire | satira | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk sastera yang menggabungkan unsur jenaka dengan unsur kritikal. Bentuk sastera ini memaparkan kebodohan, kelemahan atau kepincangan seseorang individu, golongan dan institusi masyarakat, negara, serta seluruh umat manusia. Satira berbeza dengan komedi biasa dari segi fungsinya. Tujuan satira bukan sekadar untuk menghiburkan, tetapi juga untuk memperbaik dan memperbetul keadaan dengan menggunakan senjata cemuhan, kecaman, dan penghakiman moral. Satira boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut gaya atau objek kritikannya. Satira yang mengkritik secara lembut, bergurau dan berhasrat untuk mendidik dikenali sebagai satira horas. Satira yang menyerang dengan kasar, kejam, penuh kemarahan, dan kecaman dikenali sebagai satira juvenalian. Satira boleh berbentuk puisi atau prosa. Contoh satira berbentuk puisi ditemui dalam karya berjudul Don Juan (1824) oleh penyair Inggeris Byron yang memperolok-olokkan kebodohan gelagat masyarakat kontemporarinya. Contoh satira berbentuk prosa ialah Gulliver�s Travels (1726) oleh Jonathan Swift yang mencemuh keadaan politik di England pada kurun ke-18. |