Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok), kayu putih, Melaleuca leucadendron; ~ bukit sj tumbuhan (pokok kecil), Leptospermum flavescens; tikus ~ sj tumbuhan (pokok kecil), Eugenia grata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelam I

Puisi
 

Masuk ke hutan memotong gelam,
     Hendak membuat panggang para;
Muatan sarat belayar belum,
     Baru bertiup angin utara.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gelamgelamPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Melaleuca cajuputi daripada famili Myrtaceae. Gubal kayu gelam berwarna coklat kemerahan, dan tidak jauh berbeza daripada teras kayunya yang berwarna lebih gelap. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 720 hingga 820 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu gelam tahan dalam keadaan persekitaran lembap dan air masin, dan digunakan dengan meluas sebagai sumber kayu api, kayu jaras, dan kayu kelong. Kulit lembut kayu ini dapat digunakan sebagai pakal papan perahu.
mountain gelamgelam gunungPertanianTiadaTiada
gelam bukitgelam bukitPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Leptospermum flavescens daripada famili Mytaceae. Nama tempatannya di Semananjung ialah cina maki. Gubal kayu gelam bukit berwarna coklat muda, dan berbeza daripada teras kayunya yang mempunyai jalur berwarna coklat tua. Tekstur kayunya agak halus dan sekata, dengan ira yang berpilin atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 945 hingga 995 kg/m3, dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini hanya sesuai digunakan sebagai hanya sesuai digunakan sebagai hulu alat dan barang-barang kayu kecil, kerana saiz pokok gelam bukit kecil dan batangnya tidak lurus.
hennagelamKesenianTiadaTiada
Melaleuca leucadendrongelamHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan beraroma jenis pokok dalam famili Myrtaceae yang dikenali juga sebagai pokok kayu putih. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di hutan paya dan persisiran pantai. Silaranya tirus berwarna putih kelabu dan kulit batangnya lekang seperti kepingan kertas. Daunnya tersusun berpilin, kecil berbentuk tombak dan berwarna hijau kelabu. Bunganya kecil, berwarna putih dan wangi. Tumbuhan ini menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai minyak kayu putih. Minyak ini boleh diminum untuk merangsang perpeluhan, meningkatkan degupan jantung, mengatasi kekejangan, merawat lelah, batuk, selesema, kecacingan, jangkitan pada sistem kencing, perut memulas, kolera, mententeramkan fikiran dan mengurangkan rasa sakit. Minyak kayu putih digunakan secara luaran untuk merawat pirai (gout), lenguh anggota, sakit sendi, luka, sakit kepala, sakit gigi, sakit telinga, gigitan serangga, penyakit kulit, kulit melecur, untuk mencuci luka dan menghalang jangkitan. Minyak ini juga digunakan sebagai pewangi dalam bahan pembersih, penyegar ud

Kembali ke atas