Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lang.ge.lang] | ٢ ݢلڠ

Definisi : 1. benda yg bentuknya spt gelang; 2. = ~ raya sj cacing dlm perut manusia (binatang); 3. = ~ tanah sj cacing yg hidup dlm tanah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lang.ge.lang] | ٢ ݢلڠ

Definisi : 1 = gegelang segala benda yg berupa gelang. 2 = gelang raya sj cacing yg hidup dlm perut manusia atau binatang. 3 = ~ tanah cacing tanah yg ada gelang-gelang putih pd lehernya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelang-gelang

Puisi
 

Gelang intan dalam puan,
     Gelang emas di kain berlipat;
Bila terpandang wajah tuan,
     Hati berdebar lemah semangat.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Hujan tak sekali jatuh,
     simpai tak sekali erat.

Bermaksud :

Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
piston ringgelang ombohKejuruteraan AutomotifEnjinGelang yang diperbuat daripada keluli yang dipasang pada lurah omboh. Terdapat dua jenis gelang, iaitu gelang mampatan dan gelang minyak. Gelang mampatan bertujuan untuk membentuk kedap di antara piston dengan dinding silinder, manakala gelang minyak untuk menyingkir minyak pelincir yang terlekat pada dinding silinder supaya tidak memasuki kebuk pembakaran.
ring gappelega gelangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaRuang di antara bahagian hujung gelang omboh yang memudahkan gelang omboh dipasang ke dalam alur gelang omboh dan memudahkan gelang omboh mengembang apabila menjadi panas.
compression ringgelang mampatanKejuruteraan AutomotifEnjinGelang teratas atau dua gelang teratas yang terdapat pada omboh. Gelang ini berfungsi untuk mengelakkan kebocoran semasa pemampatan dalam lejang mampatan dan semasa proses pembakaran dalam lejang kuasa. Gelang ini biasanya diperbuat daripada besi tuang dan besi mulur.
piston ringgelang ombohKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGelang yang dipasang di dalam pengalur gelang omboh yang terdiri daripada gelang mampatan dan gelang pengawal minyak.
ring expanderpengembang gelangKejuruteraan AutomotifEnjinAlat yang digunakan untuk memasang dan mengeluarkan gelang pada omboh. Gelang dikembangkan oleh alat ini dengan menggunakan prinsip tuas semasa proses memasangnya pada omboh atau mengeluarkannya daripada omboh.
piston ring compressorpemampat gelang ombohKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang digunakan untuk memampatkan gelang omboh masuk ke dalam pengalur gelang omboh supaya omboh dan gelang omboh boleh dipasang ke dalam silinder enjin.
ring gapcelah gelangKejuruteraan AutomotifEnjinRuang di antara kedua-dua hujung gelang omboh apabila dipasang di dalam silinder. Ruang ini mempunyai ukuran tertentu untuk membenarkan gelang mengembang apabila enjin panas dan kedua-dua hujung gelang tidak bertolakan antara satu sama lain.
oil ringgelang minyakKejuruteraan AutomotifEnjinGelang yang terletak paling jauh daripada mahkota omboh. Gelang minyak dipasang pada omboh untuk menyingkirkan baki minyak pelincir yang berlebihan dan masih melekat pada dinding silinder. Penyingkiran ini dapat mengelakkan minyak pelincir daripada melepasi omboh dan masuk ke dalam kebuk pembakaran. Minyak yang berlebihan sekiranya masuk ke dalam omboh akan terbakar dan menghasilkan bahan toksik yang akan dibebaskan ke persekitaran bersama-sama gas ekzos. Sinonim gelang kawalan minyak.
vertical grainira tegakKesenianHiasan DalamanKepingan papan atau ira atau lapisan venir yang terhasil daripada kaedah pemotongan atau penggergajian pada anggaran sudut sebelah kanan gelang pertumbuhan. Gelang ini menghasilkan sudut 45 darjah atau lebih pada permukaan kepingan kayu.
ring expanderpengembang gelangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang digunakan untuk memasukkan dan mengeluarkan gelang omboh ke/dari alur gelang omboh.
123456

Kembali ke atas