Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lang.gang] | ݢلڠݢڠ

Definisi : 1. tempat menyabung ayam (bertinju, bermain sukan, dll); 2. medan perang (pertempuran, pertarungan, dsb); ~ perang medan perang; 3. lingkaran di sekeliling bulan (matahari, susu, luka, dll); 4. ki ruangan atau tempat perjuangan sesuatu bidang: institusi sastera terus menjadi ~ bertembung, berdialog, dan berdirinya pemikiran yg kritis; tak pernah masuk ~ bergong prb tercengang-cengang (kehairanan); bergelanggang 1. memakai gelanggang; 2. ki bertempur; 3. berlingkaran: air matanya mulai ~ di tepi matanya; ~ mata orang banyak prb sudah terang dan nyata sekali; menggelanggang mengadakan tempat utk menyabung ayam: hendak ~ tujuh hari lamanya, dan hendak memotong kerbau empat belas ekor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lang.gang] | ݢلڠݢڠ

Definisi : 1 lapangan tempat meng- adakan sesuatu pertandingan sukan dll. 2 medan peperangan. 3 lingkaran yg dpt dilihat di keliling bulan atau matahari dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelanggang

Puisi
 

Main sengat pantang dipegang,
     Main senduk bawa berlaga;
Main semangat berjuang gelanggang,
     Main meredah hujan tenaga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berkokok di luar gelanggang,
     bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang.

Bermaksud :

Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ringgelanggang; gelangFizikTiadaTiada
ringgelanggang; gelangMatematikTiadaTiada
ringgelanggang; gelangFarmasiTiadaTiada
ringgelanggang; gelangSukanTiadaTiada
ringgelanggang; gelangKejuruteraanTiada1. Anggota ikat atau paut rantai.,2. Bulatan lengkap yang dibentuk oleh besi tuang, konkrit pratuang dan sebagainya, biasanya sebagi lapikan terowong dan lubang.,3. Isyarat penyedar tak boleh dengar, pada talian telefon.
ringgelanggang; gelangPendidikanTiadaTiada
ringgelanggang; gelangPerubatanTiadaTiada
dogfighting ringgelanggang laga anjingSukanTiadaTempat atau kawasan anjing yang dilagakan dalam pergaduhan fizikal hingga mati untuk tujuan perjudian atau hiburan kepada penonton.
cycle ballberbasikal dalam gelanggangSukanLumba BasikalSejenis acara berbasikal yang diadakan dalam ruangan yang telah ditetapkan.
velodromevelodromSukanLumba BasikalGelanggang untuk pertandingan acara balapan.
12

Kembali ke atas