Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lap] | ݢلڤ

Definisi : 1. tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang: hari mulai ~ lebih kurang pd pukul tujuh malam; keadaan di tempat itu ~; 2. tidak jelas atau belum jelas (bkn sesuatu hal, perkara, kedudukan, dll): hal itu masih ~ bagi saya; (masih) dlm ~ (masih) belum faham benar atau tahu dgn jelas akan sesuatu; 3. tidak cerah (bkn kehidupan atau masa depan seseorang dsb), menghadapi kesulitan; 4. (secara) haram, (secara) tidak sah, (secara) rahsia; barang ~ barang yg diimport (dijual dll) secara gelap; mata-mata ~ ampama (pengintip rahsia, polis rahsia); pasar ~ tempat berjual beli barang-barang haram (yg ditegah oleh kerajaan); ~ buta = ~-guguk = ~-gelita = ~-gelemat = ~-katup = ~-pekat sangat gelap; ~ fikiran = ~ mata a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata; ~ hati sukar (tidak mudah) belajar; bergelap berada dlm gelap (tidak memakai lampu): pd malam hari peraturan ~ dijalankan; bergelap-gelap tidak dgn terus terang;menggelap 1. menjadi gelap; 2. lenyap, melenyapkan diri; 3. menjadi gelap mata;menggelapkan 1. menjadikan gelap, menjadikan tidak diterangi cahaya (dgn memati­kan lampu dll): jangan digelapkan bilik ini kerana saya hendak membaca lagi; 2. menyebabkan tidak cerah (masa depan seseorang dll), menyulitkan, menyusahkan: kata-kata itu benar-benar ~ masa depan keluarganya; 3. menghilangkan atau mencuri (barang yg diamanahkan orang dll): ia telah ~ wang kesatuan; 4. menyembunyikan, menghalangi (tersebarnya berita dll): pihak penjajah telah ~ pengiriman berita;kegelapan 1. perihal gelap, keadaan gelap: ia keluar dr rumahnya dlm ~ malam; suasana politik dunia sekarang masih dlm ~; 2. berada dlm gelap: kalau tidak cepat pulang tentu ~ di tengah jalan; 3. menjadi gelap mata; kegelap-gelapan 1. agak gelap; 2. menjadi gelap mata;penggelapan perihal atau perbuatan menggelapkan (barang, berita, dll): orang yg terlibat dlm ~ barang-barang kerajaan telah ditangkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lap] | ݢلڤ

Definisi : 1 tidak ada cahaya; tidak terang; kelam: Buka tingkap supaya bilik itu tidak ~. 2 belum jelas atau belum difahami benar: Perkara itu masih ~ bagi saya. 3 tidak menurut peraturan atau undang-undang yg berlaku; tidak sah di sisi undang-undang; rahsia: Pemuda itu disyaki mengepalai sebuah kumpulan ~. ~ fikiran (mata) lupa akan diri atau tidak dpt membezakan antara yg baik dgn yg buruk kerana terpengaruh oleh sesuatu (terlalu marah, melihat wang yg banyak, mendapat sogokan, upah dll). ~ gelita (pekat, buta) gelap benar sehingga tidak kelihatan apa-apa. bergelap berada atau duduk dlm gelap; tidak menyalakan lampu (pd waktu malam): Mereka terpaksa ~ kerana takut dilihat oleh pihak musuh. bergelap-gelap tidak dgn berterang-terang; bersulit-sulit. menggelapkan 1 menjadikan gelap dgn memadamkan lampu dll: Ribut debu yg menerbangkan tanah bahagian atas dataran ini ~ angkasa. 2 mencuri apa-apa yg diamanahkan: Dia telah dihukum penjara kerana ~ wang kerajaan. kegelapan 1 keadaan gelap: Hanya sebelah muka bulan itu saja yg terang pd bila-bila masa dan yg sebelah lagi itu sentiasa dlm ~. 2 tertimpa atau terkena gelap: Pulanglah sekarang supaya tidak ~ di jalan. 3 menjadi gelap mata kerana terlalu marah dll: Mendengar khabar itu, ia pun ~. penggelapan perbuatan menggelapkan (memadamkan lampu, mencuri dsb): ~ pd malam itu adalah utk mengelakkan pengeboman dr kapal terbang musuh. Orang-orang yg terlibat dlm ~ barang-barang itu telah ditangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelap

Puisi
 

Gelap sungguh di tengah malam,
     Kerana bulan belum purnama;
Ramai sungguh orang di laman,
     Saya tak tahu datang dari mana.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Muafakat lalu di dalam gelap,
     adat lalu di tengah terang.

Bermaksud :

Seia-sekata melakukan pekerjaan yang berat-berat dan patuh pada peraturan-peraturan yang telah ditentukan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dark currentarus gelapKimiaKimia Analisislih. arus gelap elektrod.
black marketpasaran gelapKriminologiKeadilan JenayahSebahagian daripada ekonomi gelap yang melibatkan aktiviti pemerdagangan yang bertentangan dengan undang-undang yang dilakukan secara tersembunyi yang biasanya melibatkan barangan yang terlarang atau terkawal. Contohnya, pemerdagangan hidupan liar.
banister-back chairkerusi belakang banisterKesenianHiasan DalamanKerusi ini diambil dari nama sempena penyokong di belakang kerusi. Kerusi ini dibuat daripada kayu mapel dan dicat dengan warna gelap seperti merah gelap dan hitam. Kerusi jenis ini mempamerkan reka bentuk Amerika dan kebanyakannya digunakan sebagai kerusi makan yang kadangkala tidak mempunyai tempat letak tangan. Reka bentuk kerusi ini menggunakan gaya kaki kerusi dari negara Sepanyol, terutamanya pada kaki kerusi hadapan, manakala kaki kerusi belakang dibiarkan tidak beralas. Kerusi ini juga mempunyai penyandar belakang tinggi, sama ada berlengan atau tanpa lengan, yang biasanya mempunyai gelendong (spindle) separa bulat antara palang atas dengan lintasan silang sebagai tempat duduk.
darkroom equipmentperalatan bilik gelapTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPeralatan yang terdapat di dalam bilik gelap untuk tujuan pemprosesan filem. Contohnya, lampu cahaya selamat, tangki pencuci, tangki cecah bantut, tangki penetap, tangki air dan pengering.
secret societykongsi gelapKriminologiKeadilan JenayahSekumpulan individu atau organisasi yang tidak sah dengan kepimpinan yang dikenal pasti, yang melakukan sesuatu aktiviti yang menyalahi undang-undang. Contohnya, kongsi gelap yang terlibat dengan aktiviti jenayah seperti gengsterisme, perjudian dan pengubahan wang haram.
detective storycerita detektifKesusasteraanTiadaCerita yang memaparkan sesuatu jenayah. Contohnya pembunuhan, rogol, rasuah, pengedaran dadah dan rompakan. Jenayah diselesaikan oleh mata-mata gelap melalui bukti, maklumat dan petunjuk yang diselidik, dikumpulkan dan ditafsirkan secara munasabah atau diterima akal. Lumrahnya cerita detektif menghidangkan beberapa perkara, antaranya perlakuan jenayah yang dilaksanakan dengan cukup teliti, sukar dikesan dan penuh misteri, anggota polis yang kurang cekap, tertuduh yang jelas tidak bersalah tetapi disyaki, mata-mata gelap yang bijak, dan akhiran cerita yang di luar dugaan. Pada umumnya dalam cerita detektif, pembaca dan mata-mata gelap dipertemukan secara serentak dengan bukti-bukti jenayah. Seterusnya, bukti yang dipaparkan itu digunakan oleh mata-mata gelap untuk menyelesaikan jenayah yang diselidikinya. Bentuk cereka ini lebih menitikberatkan plot dan jalinan cerita yang bijak, rapi dan licin. Namun sesetengah cerita detektif mencipta protagonis yang kuat dan berkesan. Cerita detektif dianggap sebagai suatu bentuk cereka yang ringan untuk tujuan hiburan. Cerita berkaitan dengan jenayah dan keganasan dihasilkan sejak kurun ke-18, namun umum berpendapat bahawa karya Edgar Allan Poe, The Murders in the Rue Morgue (1841) merupakan titik bermulanya bentuk cereka ini. Antara penulis terkemuka ialah Sir Arthur conan Doyle, Agatha christle, Earl Stanley Gardner, P.D. James dan Carroll John Daly. Watak dalam cerita detektif yang terkenal ialah sherlock Holmes, Hercule Poirot, Race William dan Perry Mason. Contoh karya Melayu ialah Cincin Rahsia oleh Hashim Amir Hamzah, Izin dalam Paksa oleh Marwilis Haji Yusof, dan Siapakah Pembunuhnya oleh Abdullah Sidek. Contoh dalam sastera Arab ialah Yawmiyat Na�ib fi al-Aryaf Tawfiq al-Hakim.
safelightcahaya selamatTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSumber cahaya berwarna merah yang sesuai digunakan di dalam bilik gelap untuk memproses filem radiografi. Sumber cahaya ini tidak akan merosakkan filem dan menjamin ketumpatan optik filem tersebut berada di bawah paras yang dibenarkan. Sumber lampu merah ini dipasang di bilik gelap dan dibuka semasa penyediaan dan pemprosesan filem radiografi.
darkroombilik gelapTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBilik khas yang digunakan untuk memproses filem yang telah didedahkan semasa proses radiografi. Bilik ini juga digunakan sebagai tempat untuk memuatkan dan mengeluarkan filem dari sarung.
blackoutpentas gelapKesusasteraanTiadaArahan pencahayaan pentas apabila semua lampu pentas digelapkan serentak.
black economyekonomi gelapKriminologiKeadilan JenayahAktiviti ekonomi yang mengelak daripada kawalan kerajaan atau undang-undang, atau tidak berada dalam pengetahuan kerajaan kerana ia bersifat tersembunyi. Contohnya, pemerdagangan barang tiruan atau penjualan barang seludup bagi mengelakkan pembayaran cukai.
1234

Kembali ke atas