Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.las] | ݢلس

Definisi : 1. bekas utk minum (sirap, air, dll) yg tidak bertangkai, biasanya dibuat drpd kaca: ~ anggur; 2. kaca: cincin-cincin itu bermata batu atau ~;bergelas-gelasan Mn melagakan layang-layang (berusaha memotong tali lawan) dgn tali yg dilekatkan serbuk kaca; menggelas melekatkan serbuk kaca pd tali layang-layang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.las] | ݢلس

Definisi : 1 bekas minuman yg tidak bertangkai dan biasanya dibuat drpd kaca. 2 bahan yg keras tetapi mudah pecah dan dpt dilantasi cahaya; kaca. 3 serbuk kaca yg digunakan utk melapisi tali layang-layang. menggelas melapis tali layang-layang dgn serbuk kaca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelas

Puisi
 

Beli gelas beli cawan,
     Untuk pagi Hari Raya;
Tidakkah belas hati tuan,
     Melihat nasib hidup saya.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mortarlesungKimiaKimia AnalisisBekas berlekuk yang diperbuat daripada gelas, besi, akik atau loyang. Ia digunakan untuk melumatkan pepejal dengan menggunakan alu.
membrane electrodeelektrod membranKimiaKimia AnalisisElektrod pemilih ion yang terdiri daripada membran atau sebarang lapisan sebagai unsur yang peka. Membran tersebut boleh terdiri daripada gelas, cecair (cecair di dalam membran lengai), hablur, dan lain-lain lagi. Keupayaan elektrod ditentukan oleh perbezaan kepekatan ion tertentu di dalam dan di luar membran yang bersentuhan. bd. elektrod membran cecair.
gold powderserbuk emasFizikNanoteknologiAdunan pekat zarah emas bersaiz antara 10 nm - 30 nm yang dihasilkan dengan menggunakan penyalut polimer. Bahagian pepejal adunan ini mempunyai berat sehingga 85% emas. Penggunaannya adalah untuk penyaduran permukaan, elektronik, optik, pemangkin, pewarna, dan perencat pertumbuhan barah. Contohnya, penggunaan zarah emas dalam pembuatan gelas Venetian berwarna merah.

Kembali ke atas