Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.le.mair] | ݢلماءير

Definisi : (Bio) benda cair di hadapan kanta mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.le.mair] | ݢلماءير

Definisi : ist cecair jernih yg memenuhi ruang hadapan biji mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelemair


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aqueous humourgelemairVeterinarPraklinikalBendalir mata yang dihasilkan oleh cuaran siliari. Gelemair merupakan punca nutrien pada kanta dan kornea. Gelemair juga mengawal tekanan okulus dan menyelenggara integriti optik bebola mata. Gangguan penyaliran gelemair boleh menyebabkan penyakit seperti glaukoma.
glaucomaglaukomaVeterinarPraklinikalKeadaan tekanan intraokular yang meningkat disebabkan oleh penyaliran gelemair tersekat. Keadaan ini menyebabkan mata menjadi tegang dan besar. Terdapat dua kategori glaukoma; iaitu primer dan sekunder. Glaukoma primer disebabkan oleh keturunan manakala glaukoma sekunder disebabkan faktor lain yang menjejaskan penyaliran gelemair seperti uveitis dan ketumbuhan. Antara tanda glaukoma ialah sakit pada mata atau buta.
shimmer(ing)gelemairGeografiTiadaTiada
Schlemn’s canalsalur SchlemaBiologiHistologi dan SitologiSalur bulat pada simpang sklerokornea mata yang berfungsi menyalirkan gelemair daripada ruang anterior mata. sinus venosus sklera.
anterior chamberkebuk anteriorVeterinarPraklinikalBahagian yang terletak antara kornea dengan iris dalam bola mata. Kebuk ini berisi gelemair yang berfungsi menyelenggara bentuk kornea.
ciliary bodyjasad siliariVeterinarPraklinikalOtot cecincin yang terletak di belakang iris. Jasad ini mengawal fokus mata terhadap objek dekat dan jauh. Fungsi lain jasad siliari adalah menghasilkan gelemair.

Kembali ke atas