Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lem.bung] | ݢلمبوڠ

Definisi : 1. sesuatu yg berisi udara, bola-bola air (sabun, buih, dll); 2. = gelembungan bola-bola getah permainan budak-budak, belon; ~ paru Id gelembung dlm paru-paru; gelembung-gelembungan; main ~ permainan membuat gelembung-gelembung drpd air sabun dll;bergelembung, menggelembung menjadi kembung kerana berisi udara dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lem.bung] | ݢلمبوڠ

Definisi : 1 bebola kecil yg terjadi drpd air sabun dll dan mengapung di udara. 2 bebola air yg timbul ke permukaan sesuatu benda cair, spt ketika air menggelegak. 3 lompang berisi udara yg terdapat dlm benda-benda cair yg sudah beku. 4 = gelembungan bebola getah yg tipis; belon. bergelembung ada gelembung. menggelembung menjadi gelembung kerana berisi udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelembung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bubble wrappembungkus gelembung/pembalut gelembungPentadbiran PerniagaanTiadaBahan plastik lut sinar yang mempunyai gelembung dipenuhi udara untuk memberikan perlindungan daripada kesan hentakan atau getaran dari luar bungkusan. Bahan ini biasanya digunakan untuk membungkus atau membalut barangan rapuh dan mudah pecah seperti kaca dan sebagainya.
bubblegelembungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLapisan cat yang bergelembung.
travel bubblegelembung perjalananKesihatan AwamTiadaTiada
filter bubblegelembung saringanUmumTiadaSituasi apabila seseorang hanya mendengar atau melihat berita dan maklumat yang menyokong apa yang mereka sudah percaya dan suka, terutamanya situasi yang dicipta di internet hasil daripada algoritma (set peraturan) yang memilih hasil carian seseorang.
puffer jacketjaket gelembungUmumTiadaJaket paras pinggang atau pinggul yang dijahit dengan material lembut dan tebal yang menjadi beberapa bahagian sehingga menampakkannya seperti bergelembung.
vesiclevesikelFizikNanoteknologiGelembung kecil bahan surfaktan dalam saiz nanometer, dan mempunyai dua lapisan permukaan yang terbentuk dalam air hasil susunan molekul bahan tersebut yang bersifat amfifilik. Vesikel terdapat dalam sel biologi dan berfungsi menyimpan atau memindahkan bahan-bahan dalam sel. Vesikel buatan digunakan untuk menghantar drug (ubat) ke organ tertentu dan menyimpan enzim.
nucleationpenukleusanFizikNanoteknologiPermulaan peralihan fasa dalam suatu kawasan kecil atau dikenali sebagai tapak penukleusan. Peralihan fasa ini boleh dalam bentuk pembentukan gelembung atau hablur dalam cecair atau pada permukaan yang mengandungi cecair atau wap. Penukleusan juga berlaku dalam hablur, amorfus atau gugusan kekosongan bagi bahan pepejal. Penukleusan homogen dapat dibentuk secara spontan atau rawak menerusi kaedah yang melibatkan superpanas atau supersejuk ke atas media. Keadaan ini berlaku dalam proses pembenihan awan dan dalam instrumen seperti kebuk gelembung dan kebuk awan. Penukleusan merupakan proses awal untuk menghasilkan bahan nanostruktur.
bucklemeledingKesenianHiasan DalamanKeadaan dinding atau sebarang komponen yang berubah bentuk seperti gelembung atau lengkungan disebabkan tekanan beban yang melampau seperti logam, bod, dan sebagainya yang meleding atau piut (kiat).
depolarizerpenyahkutubKimiaKimia AnalisisBahan yang dicampurkan kepada elektrolit sel primer untuk menghidar pembentukan gelembung hidrogen yang berlebihan. Bahan ini akan bergabung secara kimia dengan gas hidrogen yang terbentuk.
receiverpenerimaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBekas silinder yang menyimpan cecair pendingin daripada bahagian kondenser. Bekas ini juga digunakan untuk menyerap gelembung gas dan wap yang tertinggal dalam sistem selepas pembersihan dan pengeringan.
12

Kembali ke atas