Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lén.dong] | ݢليندوڠ

Definisi : (geléndong) sesuatu (drpd kayu, buluh, dll) tempat benang dll digulung, kumparan: ~ filem dibuat drpd logam atau plastik, dan terdapat dlm beberapa saiz dan corak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lén.dong] | ݢليندوڠ

Definisi : (geléndong) Kl kendur, bengkok, tidak lurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lén.dong] | ݢليندوڠ

Definisi : /geléndong/ alat tempat menggulung benang dll. menggelendong menggulung benang dll pd gelendong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelendong


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brake drumgelendong brekKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLogam berbentuk gelendong yang dipasang pada roda kenderaan.
drum brakebrek gelendongKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem brek yang menggunakan kasut brek melengkung, yang ditekan pada permukaan dalam gelendong logam yang berputar.
self adjustedmelaras diriKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMekanisme yang digunakan pada brek cakera dan brek gelendong, yang melaras secara automatik ruang lega antara pelapik dengan cakera atau gelendong.
capstankapstanPerpustakaanTiadaAlat perhiasan yang menyerupai gelendong atau alat penggulung benang yang digunakan dalam jilidan bahan.
reciprocal inhibitionperencatan salinganSains SukanBiomekanikPerencatan pada otot antagonis yang menyebabkan pengaktifan gelendong otot.
rolleralat latihSukanLumba BasikalAlat latihan setempat,tempat basikal dikayuh di atasnya. Alat ini mempunyai tiga (3) gelendong yang boleh berpusing. Sinonim: trainer
brake shoekasut brekKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKepingan logam berbentuk melengkung yang menempatkan pelapik brek yang ditekan melawan bahagian gelendong berputar untuk membrek.
residual pressure linetalian tekanan bakiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTalian untuk mengekalkan tekanan dalam sistem hidraulik untuk sesetengah sistem brek gelendong dengan menggunakan injap sehala di dalam silinder induk.
wheel cylinderssilinder rodaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahagian sistem brek hidraulik yang menerima tekanan daripada silinder induk dan menekan kasut brek ke gelendong semasa membrek.
brake liningpelapik brekKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahan yang biasanya diperbuat daripada campuran asbestos, yang dipasang pada kasut brek. Bahan ini akan terhakis apabila kasut brek ditekan melawan gelendong brek.
12

Kembali ke atas